VERSI : Mobile | Akhbar Digital
20 April 2014 / 20 Jamadil Akhir 1435  
  Carian Arkib
KORPORAT

ARKIB : 24/01/2011

Yayasan Bumiputra Sabah jadi syarikat senaraian awam

KOTA KINABALU 23 Jan. - Yayasan Bumiputra Sabah (YBS) yang dimiliki sepenuhnya oleh kerajaan negeri, akan menjadi sebuah syarikat senaraian awam.

Datuk Faisyal Yusof Hamdan Diego, yang mengambil alih jawatan Pengerusi YBS tiga bulan lalu, memberitahu Bernama di sini hari ini, bahawa yayasan itu sedang melalui proses penyusunan semula korporat bagi tujuan inisiatif ini.

"Saya mahu kembalikan YBS kepada tujuan asalnya iaitu meningkatkan pemilikan modal saham dalam sektor korporat, khususnya bagi pribumi Sabah," katanya.

YBS yang ditubuhkan pada 1979 selaras dengan dasar ekonomi di bawah Rancangan Malaysia Ketiga, kurang menonjol selepas kejatuhannya pada 2002 ketika krisis ekonomi, dan terpaksa mempelbagai kepentingannya untuk terus wujud.

Permodalan Bumiputra Bhd. masih merupakan cabang pelaburan utama yayasan ini dengan pelaburan dalam sektor harta, pembuatan, insurans, pengurusan bangunan, perkhidmatan hotel dan perkhidmatan makanan, antara lain.

Kini, dengan diterajui pengarah KUB Malaysia Bhd. dan Bursa Malaysia Bhd, YBS bakal berubah menurut peredaran masa.

"Ini bakal menjadi satu perkembangan penting, tetapi tidak terlalu sukar kerana banyak yang telah dilakukan oleh pengerusi sebelum saya. Hanya perlu diperhalusi.

"Dengan sokongan daripada kerajaan, kita akan menjadikan YBS syarikat senaraian awam," kata Faisyal.

Beliau berkata, pihak pengurusan sedang berbincang dengan perunding tentang cadangan itu sebelum mengemukakannya kepada Ketua Menteri bagi persetujuan dan kelulusan oleh Lembaga Pemegang Amanah.

"Tetapi sebelum itu, tadbir urus korporat mesti ada," tegasnya selepas menerima kunjungan hormat ahli Biro Kebajikan Masyarakat UMNO Bahagian Kota Kinabalu yang diketuainya.

Sambil menekankan tadbir urus korporat yang baik sebagai amalan dunia sejagat, beliau berkata ini akan melibatkan, antara lain, tahap ketelusan yang lebih tinggi, audit dalaman, jawatankuasa pengurusan risiko dan jawatakuasa pelaburan.

"Ia juga bererti penilaian tahunan perlu dibuat untuk menentukan sama ada pengarah, termasuk diri saya sendiri sebagai pengerusi, menyumbang secara objektif. Jika kita tidak berbuat demikian, penggantian akan dibuat," katanya.

Faisyal berkata, beliau juga akan mencadangkan pembesaran keahlian lembaga pemegang amanah daripada tiga kepada lapan.

Sesi sumbang saran pengurusan akan memberikan tumpuan kepada perniagaan yang mampan, bagi memastikan pendapatan berulang.

"Kita tidak semestinya memandang kepada perniagaan yang memerlukan pelaburan besar. Kita mengalu-alukan usaha sama. Kita boleh pertimbang teknologi hijau, dan pengurusan sisa pepejal. Kita akan bersikap terbuka terhadap semua cadangan," kata beliau.

Mengenai kedudukan kewangan yayasan itu, Faisyal berkata akaunnya sedang dikemas kini. - BERNAMA

Utusan Online on Facebook
Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:49
Zohor 1:15
Asar 4:28
Maghrib 7:20
Isyak 8:31
 
 



IKLAN@UTUSAN



BANCIAN ONLINE
IKLAN@UTUSAN

MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.