ARKIB : 22/01/2011
Motosikal KTM dipasang di Perlis
![]() |
|
Syed Badlishah Tuanku Syed Putra (kanan) mencuba motosikal kembara lasak KTM 690 Duke R di Alor Setar, semalam. |
ALOR SETAR 21 Jan. - Peminat motosikal kembara lasak, Kraftezugh Trunkenpoize Metlighotem (KTM) di negara ini berpeluang membeli kenderaan itu dengan harga lebih rendah apabila kilang pemasangan tempatan (CKD) untuk motosikal itu beroperasi tahun ini.
Kilang tersebut akan didirikan di tanah seluas 3.2 hektar di Taman Teknologi Tinggi Pauh di Perlis dan dibina oleh Motonation Manufacturer Sdn. Bhd. dengan pelaburan sebanyak RM15 juta.
Ketua Pegawai Eksekutif Motonation Sdn. Bhd. (Motonation), Kenny Lee berkata, fasa awal kilang tersebut akan siap pada penghujung Mac ini dengan keseluruhan kompleks itu dijangka siap akhir tahun ini.
Beliau berkata, dengan siapnya fasa awal tersebut, Motonation mensasarkan jualan sehingga 1,000 unit model KTM 690 Duke dan KTM 690 Duke R yang akan dipasang oleh kilang berkenaan.
"Kami yakin pemasangan model- model KTM secara tempatan akan meningkatkan jualan bukan saja di Malaysia malah di negara-negara Asia," katanya kepada para pemberita selepas majlis pelancaran model KTM 690 Duke dan KTM 690 Duke R, di sini malam semalam.
Turut hadir pada majlis itu ialah Pengerusi Motonation, Datuk Seri Syed Badlishah Tuanku Syed Putra.
Motonation adalah pengedar tunggal motosikal kembara lasak KTM di negara ini sejak tujuh tahun lalu.
Lee memberitahu, harga yang ditawarkan untuk KTM 690 Duke ialah RM42,500 manakala KTM 690 Duke R ialah RM46,500 dengan masing- masing dilengkapi dengan aksesori penuh.
Menurutnya, pihaknya mensasarkan untuk menjual sehingga 5,000 unit setahun motosikal KTM untuk pasaran Asia pada akhir 2012.
Jenama KTM buatan Austria semakin mendapat sambutan di kalangan penggemar motosikal kembara lasak di negara ini terutamanya selepas ia berjaya menjadi juara keseluruhan kategori motosikal dalam rali Paris-Dakar sejak tahun 2001.
KTM dibina untuk ketahanan dan perlumbaan berkuasa tinggi dengan moto 'Sedia Untuk Berlumba' dalam paparan iklan syarikat tersebut.
Insurans untuk pembeli tiket
SME Bank jalin kerjasama dengan DAMU Fund
KPJ sasar RM1.3 bilion 2013
Kewangan Malindo Air kukuh
CEO baharu Maybank belum dimuktamadkan
TIME sasar ke rantau ASEAN
NCB akan perkukuh kedudukan kewangan
95% fasa satu Battersea telah terjual
THP sasar 1 juta tan
VADS pelawa ISV laksana 'komputer awan'
AIM sudah cukup matang
CCM tingkat pengeluaran baja
Sasar tambahan deposit akaun simpanan RM1b
Gajet penjimatan minyak kenderaan berat, MP-R HD dilancarkan
Microsoft perkenal projek bilik darjah Pop-up
PGB peruntuk RM8.1b
Wahid umum prestasi kewangan Maybank minggu depan
BOC: Keputusan pemilikan dalam masa seminggu
Jangka pertumbuhan baik
Waktu Solat Kuala Lumpur |
||||
|
||||










