VERSI : Mobile | Akhbar Digital
17 April 2014 / 17 Jamadil Akhir 1435  
  Carian Arkib
JOHOR

ARKIB : 22/01/2011

Pengusaha hasilkan 40 jenis kek lapis Sarawak


Mohd. Iszuwandi Rohani menunjukkan sebahagian kek lapis yang dijual di kedainya di Taman Ehsan Jaya, Johor Bahru, semalam.


JOHOR BAHRU 20 Jan. - Jika selama ini penggemar kek lapis Sarawak perlu terbang ke negeri itu untuk mendapatkan kek tersebut, kini mereka tidak perlu lagi bersusah payah kerana boleh mendapatkannya di sini.

Lebih 40 jenis kek lapis Sarawak dengan pelbagai perisa dan warna boleh didapati di sebuah kedai yang diusahakan seorang usahawan di Taman Ehsan Jaya di sini.

Menurut pemilik kedai One Food And Cake House, Mohd. Iszwandi Rohani, langkah untuk memulakan perniagaan itu timbul apabila dia sering menerima tempahan daripada rakan-rakan setiap kali pulang melawat datuk dan neneknya di Sarawak.

Bermula dari situ, dia mula mempelajari cara-cara membuat kek lapis dan memulakan perniagaan kecil-kecilan di rumahnya sebelum membuka dua buah kedai di Taman Ehsan Jaya dan Kulaijaya sejak dua tahun lalu.

"Saya tidak membeli kek ini dari Sarawak kerana ia dibuat sendiri oleh pekerja syarikat kami yang sudah dihantar untuk mempelajari cara-cara membuat kek lapis sebelum ini," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Mohd. Iszwandi memberitahu, peminat kek lapis tidak perlu bimbang mengenai rasa dan kualiti kerana hasilnya sama sahaja seperti yang dijual di Sarawak.

Katanya, setakat ini kek lapis Sarawak keluaran syarikatnya menerima sambutan hangat yang mempunyai peminat tersendiri di negeri ini selain pelanggan dari Singapura.

"Malah, syarikat kami turut membekalkan kek-kek yang boleh disimpan sehingga tiga bulan. Ia dijual ke Singapura selain ke daerah-daerah lain di negeri ini," katanya.

Ditanya mengenai perancangan masa depan, Mohd. Iszwandi berharap dapat membuka lebih banyak cawangan menjual kek tersebut selain memperluaskan perniagaannya dengan menjual hasil produk perusahaan kecil dan sederhana (PKS) yang lain.

Utusan Online on Facebook
Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:50
Zohor 1:16
Asar 4:27
Maghrib 7:21
Isyak 8:31
 
 



IKLAN@UTUSAN



BANCIAN ONLINE
IKLAN@UTUSAN

MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.