VERSI : Mobile | Akhbar Digital
19 April 2014 / 19 Jamadil Akhir 1435  
  Carian Arkib
DALAM NEGERI

ARKIB : 21/01/2011

Unit Pekerja Asing di setiap negeri

KUALA LUMPUR 20 Jan. - Unit Pekerja Asing di Jabatan Imigresen yang sebelum ini beroperasi di ibu pejabat jabatan itu Putrajaya kini ditempatkan di setiap ibu pejabat negeri berkuat kuasa mulai 17 Januari lalu.

Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Alias Ahmad yang memaklumkan perkara itu berkata, perkhidmatan Unit Pekerja Asing di ibu pejabat masih beroperasi seperti biasa.

Bagaimanapun, katanya, operasi di ibu pejabat itu lebih tertumpu kepada pusat rujukan selain menyelesaikan masalah-masalah yang gagal dilakukan di ibu pejabat negeri masing-masing.

"Keputusan pengagihan operasi Unit Pekerja Asing di setiap negeri itu dibuat atas permintaan para majikan yang sebelum ini mengadu mereka terpaksa membazir masa dan wang kerana operasi unit itu hanya terdapat di ibu pejabat.

"Bayangkan, kira-kira 1.8 juta pekerja asing yang didaftarkan di negara ini dan segala urusan mereka setiap tahun perlu diuruskan di satu lokasi sahaja.

"Sehubungan itu, sistem pengagihan ini dilihat mampu mengatasi masalah kesesakan selain memudahkan proses-proses dokumentasi," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini, hari ini.

Beliau mengulas laporan sebuah akhbar tempatan kelmarin berhubung isu kesesakan di Unit Pekerja Asing di Selangor selepas 'kononnya' unit itu di Putrajaya ditutup.

Alias turut menafikan Unit Pekerja Asing di Putrajaya telah ditutup, sebaliknya ia masih beroperasi seperti biasa.

Katanya, orang ramai juga dinasihatkan supaya berurusan di semua kaunter unit di negeri masing-masing dan tidak perlu hanya bertumpu di ibu pejabat di Putrajaya.

"Sebagai contoh, kalau mereka yang tinggal di Kelantan, tidak perlulah datang berurusan di Putrajaya, sebaliknya pergi ke cawangan negeri.

"Selain itu, kita juga akan membuka lebih banyak kaunter Unit Pekerja Asing di pejabat-pejabat daerah di seluruh negara, bukan hanya di Selangor," jelas beliau.

Sementara itu, Presiden Persatuan Agensi Pembantu Rumah Asing (Papa), Alwi Bavutty berkata, pengagihan unit pekerja asing ke setiap negeri amat wajar bagi mengurangkan masalah kesesakan serta pembaziran masa dan wang.

"Ia satu langkah yang proaktif kerana sebelum ini, banyak aduan dan rungutan majikan berhubung kesukaran menjalankan urusan pekerja asing di Putrajaya kerana hanya satu unit sahaja dibuka," katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Utusan Online on Facebook
Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:49
Zohor 1:15
Asar 4:28
Maghrib 7:21
Isyak 8:31
 
 



IKLAN@UTUSAN



BANCIAN ONLINE
IKLAN@UTUSAN

MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.