VERSI : Mobile | Akhbar Digital
24 April 2014 / 24 Jamadil Akhir 1435  
  Carian Arkib
KORPORAT

ARKIB : 20/01/2011

Bank Muamalat sasar buka enam cawangan

KUALA LUMPUR 19 Jan. - Bank Muamalat Malaysia Bhd menyasarkan pelaburan sehingga RM9 juta bagi membuka enam cawangan baru di seluruh negara pada tahun ini.

Ketua Pegawai Eksekutifnya (CEO), Datuk Mohd Redza Shah Abdul Wahid berkata, bank itu merancang membuka dua cawangan baru di Sabah, dan empat lagi di Terengganu, Kelantan dan Lembah Klang.

"Pembukaan cawangan baru ini bertujuan untuk memberi kemudahan perbankan kepada pengguna untuk berurusan dengan pihak bank," katanya selepas Sesi Eksklusif Bersama Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Bank Muamalat di sini hari ini.

Sehingga kini, Bank Muamalat memiliki 56 cawangan di seluruh negara, termasuk satu cawangan di Sabah dan tiga cawangan di Sarawak.

Beliau berkata, Bank Muamalat merancang memperuntukkan antara RM1 juta hingga RM1.5 juta bagi pembukaan setiap cawangan berkenaan.

"Perbankan Islam kini menguasai 20 peratus daripada pasaran perbankan negara berbanding perbankan konvensional," katanya.

Sementara itu, sesi eksklusif anjuran Dewan Perdagangan Islam Malaysia (DPIM) dan Persatuan Pemaju Hartanah Bumiputera Selangor itu bertujuan mewujudkan jaringan perniagaan antara perbankan Islam Malaysia, khususnya Bank Muamalat dengan para usahawan dari pelbagai latar belakang bidang keusahawanan.

DPIM mempunyai 50,000 ahli di seluruh negara dan ingin memperbanyakkan program seumpama ini bagi memupuk kesedaran masyarakat tentang kepentingan perbankan Islam. - BERNAMA

Utusan Online on Facebook
Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:47
Zohor 1:14
Asar 4:29
Maghrib 7:20
Isyak 8:31
 
 



IKLAN@UTUSAN



BANCIAN ONLINE
IKLAN@UTUSAN

MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.