VERSI : Mobile | Akhbar Digital
19 April 2014 / 19 Jamadil Akhir 1435  
  Carian Arkib
UTARA

ARKIB : 19/01/2011

Pelatih GiatMara sertai Jom Gunting Rambut


MARIANA Othman (tengah) memberi penerangan kepada Musa Sheikh Fadzir (kanan) di Tasek Gelugor, Pulau Pinang, baru-baru ini.


TASEK GELUGOR 18 Jan. - Seramai 20 pelatih Pusat GiatMara Prima Tasek Gelugor yang sedang mengikuti kursus senireka gaya rambut menyertai program Jom Gunting Rambut anjuran UMNO Bahagian Bukit Mertajam, baru-baru ini.

Pada program tersebut, mereka diberikan tugas menggunting rambut pelajar sekolah menengah dan rendah di sekitar Bukit Mertajam yang baru memulakan sesi persekolahan.

Pegawai Tenaga Pengajar Senireka Gaya Rambut pusat tersebut, Mariana Othman berkata, penyertaan para pelatihnya dalam program itu cukup bermakna kerana ia memberi peluang kepada mereka mempraktik apa yang telah dipelajari.

"Pendedahan sebegini boleh memberi keyakinan kepada mereka untuk membuka salon sendiri pada masa akan datang.

"Kesemua pelatih sedang mengikuti kursus selama enam bulan di situ," katanya ketika ditemui selepas program berkenaan di sini, baru-baru ini.

Hadir sama, Ketua UMNO Bahagian Bukit Mertajam, Datuk Musa Sheikh Fadzir.

Utusan Online on Facebook
Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:49
Zohor 1:15
Asar 4:28
Maghrib 7:21
Isyak 8:31
 
 



IKLAN@UTUSAN



BANCIAN ONLINE
IKLAN@UTUSAN

MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.