VERSI : Mobile | Akhbar Digital
2 September 2014 / 7 Zulkaedah 1435  
  Carian Arkib
POLITIK

ARKIB : 13/01/2011

Dr. Azmi: Sukar dilaksana, hanya mahu pancing undi

KUALA LUMPUR 12 Jan. - Program 100 Hari pakatan pembangkang yang antaranya mahu menghapuskan tol dan merombak struktur subsidi sukar dilakukan kerana akan membabitkan perbelanjaan berbilion ringgit dan memberi kesan buruk kepada struktur ekonomi negara.

Geo Strategis Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Profesor Dr. Azmi Hassan berkata, program itu juga tidak memberi manfaat kepada rakyat kerana tiada pembangunan dapat dilakukan sejurus program itu dibuat.

"Dari sudut ekonomi, ia sukar dilakukan dan lebih menjurus kepada agenda politik pembangkang yang tidak diteliti sewajarnya dan tidak selari dengan matlamat menjadikan Malaysia sebagai negara maju," katanya.

Azmi berkata, langkah mengarahkan Khazanah dan KWSP mengambil alih aset lebuh raya dengan tujuan menghapuskan tol adalah tidak praktikal kerana perjanjian sudah termaktub dan sebarang pembatalan memaksa kerajaan menanggung kos pampasan yang tinggi.

Beliau juga berkata, Felda Plantations seharusnya dimantapkan bukan melupuskan organisasi itu dan kemudian diurus generasi kedua dan ketiga Felda yang masih belum diketahui kemampuan menguruskannya.

"Saya bersetuju dengan Perdana Menteri bahawa apa yang dilakukan pakatan pembangkang itu adalah cara populis untuk meraih sokongan daripada rakyat pada pilihan raya akan datang.

"Saya juga percaya pakatan pembangkang tahu mereka tidak boleh melaksanakan program itu tetapi apa yang mereka fikir adalah keuntungan hari ini iaitu untuk mendapatkan undi," katanya.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zohor 1:16
Asar 4:23
Maghrib 7:20
Isyak 8:30


 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
PRK Bukit Gelugor
Utusan Live di PRK Parlimen Bukit Gelugor
PRK Teluk Intan
Utusan Live di PRK Parlimen Teluk Intan
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014


IKLAN@UTUSAN

IKLAN@UTUSAN
ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.