VERSI : Mobile | Akhbar Digital
17 April 2014 / 17 Jamadil Akhir 1435  
  Carian Arkib
JOHOR

ARKIB : 13/01/2011

Atasi masalah Gelang Patah, Pulai


Jason Teoh ( duduk lima dari kiri) bersama ahli gabungan pasukan perkhidmatan Awam MCA Pulai dan Gelang Patah di Johor Bahru semalam.


JOHOR BAHRU 12 Jan. - Bagi memastikan segala masalah rakyat melibatkan kawasan sempadan Gelang Patah dan Pulai diselesaikan segera, satu pasukan khas dikenali Gabungan Pasukan Perkhidmatan Awam MCA ditubuhkan.

Ketua MCA Bahagian Gelang Patah, Jason Teoh berkata, pasukan khas yang merangkumi dua bahagian MCA iaitu Gelang Patah dan Pulai itu akan bertindak menangani masalah penduduk terutama di kawasan yang terjejas ekoran projek pembangunan Iskandar Malaysia.

Menurutnya, langkah menubuhkan pasukan itu bertujuan memastikan segala kekeliruan mengenai pihak mana perlu bertanggungjawab terhadap permasalahan yang timbul di kawasan berkenaan dapat diselesaikan segera.

"Sebelum ini apabila ada masalah timbul terutama di sempadan kedua-dua daerah ini sukar untuk kita mengesan ia di dalam kawasan mana dan menyebabkan pihak A kata ini tanggungjawab pihak B dan sebaliknya.

"Oleh demikian, kedua-dua bahagian MCA telah mencapai kata sepakat untuk menubuhkan satu pasukan khas bagi menangani masalah tersebut dengan lebih efisien," katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Turut hadir Ketua MCA Bahagian Pulai yang juga Pegawai Khas kepada Menteri Besar Johor, Low Teh Hian.

Jason yang juga Ahli Majlis Perbandaran Johor Bahru Tengah (MPJBT) berkata, pihaknya telah mengenal pasti tiga permasalahan utama di kawasan berkenaan iaitu melibatkan infrastruktur, keselamatan dan pendidikan.

Sehubungan itu, beliau berharap dengan penubuhan pasukan khas tersebut semua aduan rakyat di sempadan daerah-daerah berkenaan dapat diselesaikan tanpa sebarang kekeliruan dan salah faham.

"Sesiapa yang mempunyai masalah boleh menghubungi Pengerusi Pasukan Khas, Teh Hian di talian 019-7774888 atau menghubungi saya selaku naib pengerusi di talian 019-7111516.

"Mereka juga boleh datang berjumpa dengan kami yang akan beroperasi di Ibu Pejabat MCA Bahagian Gelang Patah atau aduan itu boleh disalurkan ke laman web di www.gelangpatah.com.my atau Facebook MCA Gelang Patah," katanya.

Utusan Online on Facebook
Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:50
Zohor 1:16
Asar 4:27
Maghrib 7:21
Isyak 8:31
 
 



IKLAN@UTUSAN



BANCIAN ONLINE
IKLAN@UTUSAN

MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.