VERSI : Mobile | Akhbar Digital
25 April 2014 / 25 Jamadil Akhir 1435  
  Carian Arkib
SABAH & SARAWAK

ARKIB : 12/01/2011

Instep jadi pilihan graduan, lepasan SPM


Marvina (kanan) menunjukkan sijilnya kepada dua rakannya pada majlis Konvokesyen Instep di Kota Kinabalu, baru-baru ini.


KOTA KINABALU 11 Jan. - Kewujudan Institut Teknologi Petroleum Petronas (Instep) mungkin tidak begitu dikenali di negeri ini berbanding institusi pengajian tinggi awam (IPTA) lain.

Namun institut latihan yang ditubuhkan sejak 1981 itu sebenarnya semakin mendapat tempat di kalangan golongan muda di negeri ini.

Ini terbukti apabila ada antara pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan diploma turut memilih institut berkenaan meskipun layak mendapat tempat di IPTA.

Bagi Canisius Kundayeh, 23, minatnya yang mendalam dalam bidang kemahiran berkaitan gas dan petroleum membuatkannya memilih Instep.

Katanya, meskipun mempunyai diploma mekanikal dari Politeknik dengan Purata Nilai Gred Keseluruhan (PNGK) 3.6 dia tetap memilih Instep berbanding IPTA lain.

"Saya bersyukur kerana pilihan saya tepat dan amat berbaloi apabila saya berjaya mencapai kecemerlangan dengan mendapat PNGK 3.85.

"Saya juga bertuah kerana sebaik sahaja habis belajar saya terus dapat berkhidmat di sebuah syarikat minyak dan gas di Labuan," katanya di sini baru-baru ini.

Seorang lagi pelajar, Hanista Eyong, 24, berkata, kerjaya mencabar yang menanti pelajar Instep dalam bidang minyak dan gas telah menarik minatnya memasuki institut itu.

Katanya, meskipun telah mengikuti kursus matrikulasi dalam Sains Fizik di Labuan dia tetap memilih memasuki Instep berbanding institut pengajian lain.

"Saya mengetahui mengenai Instep ketika mengikuti matrikulasi dan terus membulatkan tekad untuk memohon institut itu selepas tamat matrikulasi.

"Saya yakin dengan mengikuti pengajian di Instep ia dapat menjamin kerjaya terbaik dalam sektor minyak dan gas yang semua sedia maklum ia amat berpotensi," kata anak jati Tamparuli ini.

Menurutnya, pada masa ini dia bekerja sebagai juruteknik di terminal minyak dan gas di Gayang di sini.

Marvina Wilfred, 24, berkata, meskipun tidak ramai golongan wanita memohon memasuki institut berkenaan, ia tidak mematahkan semangatnya untuk belajar di situ.

Katanya, cabaran tersebut telah membuatkannya belajar bersungguh-sungguh bagi membuktikan bahawa kaum wanita turut setanding dengan lelaki dalam sektor minyak dan gas.

"Saya rasa bertuah kerana dipilih untuk belajar di sini dan bersyukur kerana dapat menamatkan kursus serta bekerja dalam sektor ini," katanya yang berasal dari Papar.

Sementara itu, Yip Jun Chin, 23, dari Membakut berkata, antara sebab dia memilih bidang minyak dan gas adalah kerana ia menjanjikan kerjaya dengan pendapatan yang lumayan.

"Pada masa ini saya bekerja di sebuah pelantar minyak dan saya berazam untuk menyambung pengajian di peringkat lebih tinggi pada masa akan datang," ujarnya.

Utusan Online on Facebook
Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:47
Zohor 1:14
Asar 4:29
Maghrib 7:20
Isyak 8:31
 
 



IKLAN@UTUSAN



BANCIAN ONLINE
IKLAN@UTUSAN

MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.