VERSI : Mobile | Akhbar Digital
1 Ogos 2014 / 5 Syawal 1435  
  Carian Arkib
FEMININ

ARKIB : 12/01/2011

Penganiayaan sosial terhadap wanita


Golongan suami tidak harus menafikan hak isteri terhadap pergaulan dan kasih sayang yang telah wujud sekian lama antara anak dan ibu bapa atau adik-beradik. - Gambar hiasan


RAMAI wanita atas dasar 'taat kepada perintah suami' telah membenarkan situasi seperti yang dialami oleh Puan Z berlaku pada diri mereka.

Terdapat banyak kes di mana wanita telah dizalimi oleh suami secara tidak langsung atau secara tidak sedar oleh mereka sendiri. Sekali lagi faktor agama dijadikan alasan secara tidak bertanggung jawab oleh sebilangan suami.

Ada golongan suami dengan lantang menyatakan status suami bagi seorang wanita adalah lebih tinggi dan lebih mulia daripada ibu bapa wanita itu sendiri. Lantas keutamaan haruslah diberikan kepada suami tersebut.

Hadis yang sering dijadikan dalil bagi perlakuan suami ini adalah hadis yang diriwayatkan oleh Aisyah bahawa Rasulullah bersabda: "Siapakah manusia yang perlu diagungkan haknya oleh seorang wanita? Jawab Rasullullah, "Suaminya". Aku bertanya lagi, "Bagi seorang lelaki?", Jawab Nabi, "Ibunya" [Riwayat al-Hakim].

Perlu dinyatakan bahawa terdapat pandangan ulama yang menyatakan bahawa hadis ini adalah dhaif, bagaimanapun saya tidak berhasrat untuk membahaskannya.

Namun, sekiranya hadis tersebut sahih, ia tidaklah boleh ditafsirkan atau dijadikan justifikasi oleh golongan suami untuk menafikan hak isteri terhadap pergaulan dan kasih sayang yang telah wujud sekian lama antara anak dan ibu bapa atau adik beradik, hanya atas alasan 'keutamaan seorang suami' tersebut.

Ada juga beberapa kes yang menunjukkan halangan-halangan melalui arahan atau tegahan suami untuk isteri berjumpa dengan sahabat atau teman lama mereka tanpa alasan yang kukuh. Tindakan itu semata-mata untuk menunjukkan 'kekuasaan' dan 'keutamaan' seorang suami.

Islam adalah agama yang adil dan murni. Kedatangan Islam itu adalah untuk membawa mahabbah dan rahmat ke sekelian alam.

Mana mungkin Islam dijadikan alasan untuk sesetengah manusia yang tidak bertanggungjawab menafikan hubungan kasih sayang sejati antara anak dan ibu bapa, keluarga mahupun sahabat handai atas dasar iman dan taqwa?

Hakikatnya, ramai golongan lelaki mahupun wanita sendiri tidak menyedari bahawa halangan yang sedemikian rupa yang dikenakan oleh suami kepada seorang isteri boleh dikategorikan sebagai keganasan atau penindasan terhadap golongan wanita. Ia dikategorikan sebagai penindasan sosial.

Penderaan kategori sosial sebegini sering berlaku di rumah. Wanita sering didorong untuk bergantung kepada pasangan masing-masing dan diasingkan dari mendapat sokongan luar termasuk memutuskan hubungan isteri dengan ibubapa, sanak saudara mahupun sahabat si isteri tersebut.

Golongan suami mestilah menerima hakikat bahawa isteri mempunyai hak untuk terus menghormati dan mentaati ibubapanya. Isteri juga berhak untuk bercampur-gaul dengan adik beradik dan sanak saudara selagi tidak melampaui batas syarak.

Halangan yang tidak berasas seperti yang dinyatakan di sini mestilah dielakkan oleh golongan suami. Ini untuk memastikan kita bukan daripada golongan yang mengganasi isteri secara halus seperti keganasan sosial yang dibincangkan di sini.

Adalah lebih baik bagi pasangan yang baru bernikah berbincang tentang hak dan peranan mereka terhadap ibubapa dan mertua masing-masing secara terbuka dan berasaskan mahabah Islamiah yang murni.

Hak untuk mereka melawati dan menziarahi ibubapa dan sanak saudara secara adil dan saksama.

Janganlah ada situasi mana-mana ada pasangan melebihkan keluarga mereka sambil menafikan hak keluarga pasangannya. Ini akan menimbulkan suasana yang tidak harmoni.

Isteri yang ditindas secara sosial sebegini bolehlah mendapatkan khidmat nasihat kaunseling di pusat-pusat kaunseling yang bertauliah seperti di Jabatan Pembangunan Wanita atau Jabatan Agama Islam negeri masing-masing bagi mendapatkan jalan keluar yang terbaik dalam menangani isu ini.

Golongan suami perlulah lebih terbuka untuk menyelesaikan permasalahan ini dengan bijak sambil mengetepikan ego yang tidak rasional.

Pastikan kita tidak tergolong dalam golongan suami yang menzalimi isteri secara sosial. Sayangilah dan hormatilah hak isteri dan keluarga mereka sekali!

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zohor 1:22
Asar 4:43
Maghrib 7:30
Isyak 8:42

 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
PRK Bukit Gelugor
Utusan Live di PRK Parlimen Bukit Gelugor
PRK Teluk Intan
Utusan Live di PRK Parlimen Teluk Intan
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014


IKLAN@UTUSAN

IKLAN@UTUSAN

MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.