VERSI : Mobile | Akhbar Digital
2 Oktober 2014 / 7 Zulhijjah 1435  
  Carian Arkib
TERKINI

ARKIB : 11/01/2011

Lesen lima pengusaha pelancongan dibatal tahun lepas

11/01/2011 6:20pm

KUALA LUMPUR 11 Jan. — Kementerian Pelancongan membatalkan lima daripada 2,867 lesen pengusaha pelancongan yang berdaftar dengan kementerian itu tahun lepas.

Menteri Pelancongan, Datuk Seri Dr. Ng Yen Yen berkata, pengusaha terbabit ialah Andalas Travel Sdn. Bhd., HZR Holidays Sdn. Bhd., Qaisar Travel Sdn. Bhd., Peak Link Travel Sdn. Bhd. dan Permata El Nor Holidays Sdn. Bhd.

"Kami menerima 265 aduan tahun lepas dan kebanyakannya berkaitan dengan perkhidmatan atau pakej yang teruk. Jadi apa yang kita buat adalah menyuruh mereka memulangkan wang.

"Tapi, mereka yang melanggar undang-undang kita ambil tindakan tegas dengan menarik balik lesen mereka,” katanya selepas merasmikan bangunan baru Persatuan Ejen Pelancongan dan Pengembaraan Malaysia (MATTA) di sini, hari ini. Turut hadir Presiden Matta, Datuk Mohd Khalid Harun.

Ditanya mengenai kesalahan yang dilakukan pengusaha terbabit, beliau berkata: “Antaranya kita bagi mereka lesen bas pelancongan tetapi dia bagi sewa kepada orang lain, jadi dia tidak bertanggungjawab... ini dikira menyalah guna lesen.”

Yen Yen berkata, mulai tahun ini, pengusaha pelancongan perlu menghadiri kursus sebelum mereka boleh memperbaharui atau mendapatkan lesen dalam usaha memastikan mereka memahami dengan jelas tanggungjawab sebagai pengusaha pelancongan.

Beliau berkata, kementerian juga mewujudkan “Prosedur Operasi Piawaian” untuk pengusaha pelancongan sebagai garis panduan dan meletakkan keselamatan pelancongan sebagai aspek penting yang perlu diutamakan. - Bernama

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:45
Zohor 1:05
Asar 4:16
Maghrib 7:07
Isyak 8:16


 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014


IKLAN@UTUSAN



IKLAN@UTUSAN
ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.