VERSI : Mobile | Akhbar Digital
30 September 2014 / 5 Zulhijjah 1435  
  Carian Arkib
TERKINI

ARKIB : 07/01/2011

Mangsa banjir di Pahang, Kelantan meningkat

07/01/2011 10:39am

KUANTAN, 7 Jan. - Jumlah mangsa banjir yang ditempatkan di pusat-pusat pemindahan di Pahang dan di Kelantan bertambah pagi ini berbanding semalam.

Di Pahang, jurucakap Bilik Gerakan Ibu Pejabat Polis Kontinjen Pahang berkata, terdapat 297 orang daripada 62 keluarga kesemuanya dari daerah Kuantan, ditempatkan di pusat pemindahan berbanding 212 semalam.

Kawasan yang terlibat ialah Taman Seberang Balok dan Kampung Balok Baru melibatkan 216 orang daripada 44 keluarga yang ditempatkan di Dewan Orang Ramai Balok, Kampung Bukit Palas melibatkan 24 orang daripada enam keluarga yang ditempatkan di Balai Raya Cherating, 33 orang daripada tujuh keluarga dari Kampung Nyamuk, Balok, ditempatkan di Sekolah Agama Rakyat Pantai Balok manakala 24 mangsa daripada lima keluarga lagi dari Kampung Chendor Tengah ditempatkan di Balai Raya Chendor.

Jalan utama di KM20 Jalan Jerangau-Jabor di sini hanya dibuka kepada kenderaan berat selepas air naik setinggi 0.3 meter.

Jurucakap itu berkata, tiada laporan mengenai mangsa banjir di daerah lain di negeri itu. - Bernama

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:46
Zohor 1:06
Asar 4:16
Maghrib 7:08
Isyak 8:17


 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014


IKLAN@UTUSAN



IKLAN@UTUSAN
ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.