ARKIB : 07/01/2011
Resipi warisan Planta

SELEPAS 80 tahun menjadi bahan penting dalam masakan rakyat Malaysia, jenama marjerin terkemuka, Planta kini melancarkan sebuah buku resipi, Planta Resipiku, Warisanku sebagai hadiah bernilai untuk pengguna setianya.
Lebih istimewa, buku itu mengandungi 80 resipi menggunakan Planta yang dikumpul daripada 80 penyumbang di seluruh negara.
Pengurus Jenama Unilever Foods Retail Unit, Unilever (Malaysia) Holdings Sdn. Bhd., Quah Seng Khie berkata, pada bulan sebelumnya, syarikat itu menganjurkan ekspedisi mengumpul resipi Planta dari seluruh negara.
"Daripada beratus-ratus resipi ditawarkan, kami memilih 80 resipi sebagai simbolik ulang tahun ke-80 Planta dan semua resipi yang dimuatkan ini adalah yang paling asli serta tradisional.
"Kami memperkenalkan buku resipi ini bagi menghargai pelanggan setia kami yang menjadikan Planta sebagai satu daripada bahan utama dalam masakan mereka.
"Ia dapat membantu orang ramai berkongsi serta mencuba 80 masakan lazat setiap kaum seperti Ayam Percik Kampung Planta, Kari Daging Ansar Planta dan Gulai Ikan Masin Terung," katanya.
Beliau berkata demikian ketika berucap pada Sambutan Penutupan Ulangtahun Ke-80 Planta di Saloma Theatre Restaurant, baru-baru ini.
Menurut Seng Khie, bagi setiap resipi yang dimuatkan, Planta menghadiahkan kepada penyumbangnya sebentuk wang syiling emas edisi khas dan buku Planta Resipiku, Warisanku yang ditandatangani untuk koleksi peribadi mereka.
Orang ramai boleh mendapatkan Planta Resipiku, Warisanku di kedai buku MPH seluruh negara pada harga RM29.90 sebuah.
Seng Khie berkata, pada sambutan sama, Planta memperkenalkan budak Planta baru, Mohamad Aiman Fitri Azrul Nizam, 7, dari Sekolah Rendah Kebangsaan (SRK) Damansara Utama 4 yang mana wajahnya akan digunakan dalam pembungkusan terkini Planta.
"Pencarian budak Planta baru adalah satu daripada empat inisiatif utama kami tahun ini seiring tradisi kami untuk memaparkan gambar seorang kanak-kanak di pembungkusan produk.
"Bagi pencarian ini, kami menerima hampir 1,000 penyertaan dan pemenang ditentukan orang ramai melalui undian di laman web.
"Kejayaan Muhammad Aiman Fitri melayakkannya menerima dana pendidikan bernilai RM10,000 dan sebuah komputer manakala sekolahnya akan memperoleh lapan buah komputer," ujarnya.
'Nyaris saya dimadu kerana zuriat lelaki'
Cabaran berniaga makanan
Kicap penyedap makanan
Berhati-hati jika anda orang ketiga
'Bahtera' berantakan salah siapa?
Apabila benang, jarum bertemu
Nur Sarah lawan leukemia
Pakaian comel untuk bayi
Cabaran jadi suri rumah
Guna produk solekan halal
Tipu kerana nak kahwin
Percumakah kehidupan kita?
Innanie Ariffin, Gadis Analogi
Hidangan ala Barat
AKRAB sentiasa mekar
Herba paling berharga
Bayi sihat, aktif
Menangani anak bermasalah
Rungutan ibu beri ilham
Waktu Solat Kuala Lumpur |
||||
|
||||









