VERSI : Mobile | Akhbar Digital
29 Julai 2014 / 2 Syawal 1435  
  Carian Arkib
PAHANG

ARKIB : 06/01/2011

Harga santan RM12 sekilogram


Mohd. Affendi Zaini menunjukkan 300 biji saja kelapa yang masih tinggal tidak mencukupi untuk jualan dalam sehari di bandar Jerantut, semalam.


JERANTUT 5 Jan. – Para penduduk dan pengusaha kedai makan di bandar ini mengeluh ekoran kenaikan harga santan segar secara mendadak sejak kebelakangan ini kerana peniaga sukar memperoleh bekalan kelapa sejak Hari Raya Aidiladha lalu.

Tinjauan Utusan Malaysia di Pasar Besar Jerantut hari ini mendapati santan segar dijual pada harga RM12 sekilogram, kelapa parut RM8 sekilogram, kerisik RM14, kelapa biji RM2.50 sebiji dan kelapa parut siap dimesin RM2.80 sebiji.

Seorang peniaga santan, Mohd. Affendi Zaini, 27, berkata, keadaan itu pertama kali berlaku sejak 10 tahun lalu apabila dia menghadapi masalah bekalan kelapa dan dikhuatiri akan berterusan.

‘‘Saya tidak ada pilihan melainkan menaikkan harga santan apabila kelapa semakin sukar diperoleh dan pernah terputus bekalan pada hujung Disember lalu.

‘‘Kadang-kadang tidak munasabah kita menjual santan segar dengan harga RM12 sekilogram, berbanding RM6 sebelum ini. Namun mahu tidak mahu, kita terpaksa menaikkan harga berikutan harga pemborong juga tinggi akibat kesukaran bekalan termasuk kos pengangkutan,” katanya di sini.

Menurut Mohd. Affendi, kini dia cuma memperoleh bekalan 1,500 biji kelapa untuk tempoh seminggu berbanding 3,000 biji sebelum ini yang dibekalkan oleh pemborong dari Selangor, Kelantan dan Thailand.

Seorang lagi peniaga santan Khairi Tjapri, 25, berkata, peniaga bukan sengaja menaikkan harga sesuka hati atau manipulasi keuntungan, tetapi berpunca kekurangan kelapa dari luar sejak sambutan Hari Raya Aidiladha lagi.

‘‘Saya memerlukan 300 biji kelapa setiap hari untuk memenuhi permintaan pembeli santan segar dengan jualan RM12 sekilogram yang ditetapkan serta dipantau oleh penguat kuasa Pejabat Pengguna Dalam Negeri dan Koperasi cawangan Jerantut,” katanya.

Seorang pekebun dan pemborong kelapa dari Selangor, Tan Beng Sing, 53, berkata, bekalan yang dihantar kepada peniaga kelapa dan santan di Gombak, Kuala Lumpur, Jerantut, Benta, Raub dan tempat lain masih belum mencukupi.

‘‘Saya mengurangkan penghantaran keluar kerana masalah mendapatkan bekalan kelapa dari pekebun di sekitar Selangor akibat musim melawas dan kekurangan buah,’’ katanya.

Beng Sing yang hampir 30 tahun bergiat dalam perniagaan itu berkata, sebelum ini dia menghantar 7,000 biji kelapa tiga hari sekali kepada peniaga di bandar ini tetapi terpaksa mengagihkannya secara adil kepada setiap peniaga berikutan masalah tersebut.

Menurutnya, berikutan krisis berkenaan, dia dan pemborong lain terpaksa memperoleh bekalan kelapa dari Thailand dan Indonesia namun masih tidak mencukupi untuk pasaran domestik.

Sementara itu, peniaga kedai makan, Abdullah Hashim, 49, berkata, setiap hari dia memerlukan lima kilogram santan segar untuk menyediakan pelbagai jenis masakan di kedainya, namun masalah kenaikan harga santan kini turut menjejaskan perniagaannya.

‘‘Selain berbelanja lebih membeli santan segar, saya terpaksa mengambil alternatif menggunakan santan segera jika bekalan terputus sehingga mencacatkan kualiti dan keenakan makanan yang dijual,” katanya.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:51
Zohor 1:23
Asar 4:44
Maghrib 7:30
Isyak 8:43

 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
PRK Bukit Gelugor
Utusan Live di PRK Parlimen Bukit Gelugor
PRK Teluk Intan
Utusan Live di PRK Parlimen Teluk Intan
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014


IKLAN@UTUSAN

IKLAN@UTUSAN

MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.