VERSI : Mobile | Akhbar Digital
29 Julai 2014 / 2 Syawal 1435  
  Carian Arkib
RENCANA

ARKIB : 02/01/2011

Tuntutan dunia lelaki 'jambu'

KISAH pusat hiburan khusus untuk satu kaum iaitu Adam atau Hawa bukan lagi rahsia. Sejak beberapa tahun lalu, kerap diperkatakan tentang pusat-pusat hiburan seumpama itu. Di situ lelaki berselera lelaki bertemu. Manakala di satu pusat hiburan lain gadis atau wanita yang meminati kaum sejenis, saling bermesra. Kelab-kelab seperti itu kini umpama cendawan tumbuh selepas hujan. Di sebalik percambahan itu, golongan lesbian, gay, biseksual, transeksual yang mahu dikenali sebagai LGBT memelihara eksklusif mereka.

Jarang sekali tempat pertemuan mereka diserbu. Tidak kedengaran juga berita lelaki ditangkap ketika sedang berdua-duaan dengan lelaki atau wanita dengan wanita. Ada sumber menyebut, golongan yang mendakwa minoriti terpinggir, disalahfahami dan mudah diancam di Malaysia menjadi penghuni kondominium di kawasan tertentu yang juga eksklusif sifatnya. Sebab itu kegiatan mereka sukar ditembusi. Istilah lelaki 'jambu' misalnya telah lama berlegar di dalam masyarakat kita. Seorang teman pernah disentuh di pipi oleh lelaki yang mengagumi kecomelannya. Mungkin lelaki yang ada nama itu dan terkategori dalam VIP terangsang melihat kulit teman yang licin lantaran hilang sifat malu untuk menyentuh dan berbisik: ''Awak cute.'' Seorang lagi teman yang sememangnya 'jambu' selamba memberitahu dia disimpan seorang VIP yang sudah ada isteri. Dalam menagih cinta luar biasa itu dia mengomel kerana sering ditinggalkan. ''Janji nak tinggalkan isteri, tapi tiap-tiap tahun beranak juga perempuan tu,'' rungutnya. Dia juga tidak segan bercerita tentang aktiviti seksual mereka. Agak menghairankan apabila golongan ini mahu 'percaya' bahawa diri mereka terpinggir. Siapa pula yang meminggirkan mereka. Keluarga, sahabat-handai, masyarakat atau pemimpin? Teringat filem Beautiful Boxer yang sememangnya menarik perhatian saya. Kisah benar di Thailand - negara majoriti penduduknya beragama Buddha itu memperlihatkan konflik dalaman seorang lelaki (peninju Muaythai) yang mempunyai kecenderungan menjadi wanita. Ada penentangan, kecaman dan penolakan masyarakat di sana terhadap kegilaan Parinya Charoenphol mahu menjadi perempuan sejak zaman kecilnya. Dia tidak disenangi, diejek dan tidak ada kawan lelaki. Paparan kisah Beautiful Boxer menunjukkan bahawa dunia sejagat sememangnya menolak amalan-amalan pelik seks songsang waima di mana dan apa agama mereka. Walaupun di negara yang menjadikan seks, pelacuran sebagai industri dan sumber utama menarik pelancong.

Songsang

Tentunya ada sebab jadi begitu. Yang pasti sebab-sebabnya jelas dan tidak ada yang mengelirukan. Bukan kerana amalan tersebut baru maka ia tidak dapat diterima - lantaran kisah seks sejenis disebut di dalam al-Quran semasa zaman Nabi Lut a.s. Sebaliknya kerana amalan songsang bertentangan dengan hukum alam sememangnya sentiasa mendapat penolakan lantaran sifatnya yang tidak betul sewajarnya disanggah. Sebab itu ajaran songsang Ayah Pin contohnya biar pun ada pengikut tetapi mereka dipinggirkan, sukar difahami dan yang pasti mudah mengancam orang lain walaupun tidak mudah diancam. Lantaran selesa dan berasa tidak bersalah, maka seorang pemuda berani merakamkan pengakuan bahawa dia adalah seorang gay. Bagi pemuda itu: ''Saya gay, saya ok.'' Pengendali laman web Seksualiti Merdeka sepatutnya telah menjangka reaksi rakyat negara ini kerana mengetahui bahawa norma-norma masyarakat di sini bukan seperti di negara barat. Malah di barat pun tuntutan kumpulan gay dan lesbian melalui jalan berliku sejak bertahun-tahun lamanya. Justeru tidak timbul soal menarik balik video Azwan Ismail kerana ancaman dan komen pelbagai blog.

Ternyata gay dan lesbian yang satu ketika dulu hanya diperkatakan di asrama lelaki dan perempuan, kini menjadi trend dan pada masa yang sama penyakit masyarakat. Sedar atau tidak sedar kita hidup bersama mereka - tidak mustahil di tempat kerja, dalam keluarga atau di majlis-majlis sosial. Bagi kumpulan LGBT, mereka tidak membuat apa-apa kesalahan. Mereka tidak mengganggu orang lain. Naluri mendorong mereka menjadi begitu. Ada juga membuat ulasan, banyak lagi masalah sosial di Malaysia yang perlu dibendung berbanding nak kecoh dan mengamuk tentang hal homoseksual. Ada juga yang memuja keberanian pemuda itu membuat pengakuan jujur dia adalah seorang gay. Ada pendapat mengatakan hanya 2 peratus rakyat Malaysia terlibat dalam gejala homoseksual. Berapa peratus pula lesbian, biseksual dan transeksual? Bukankah 2 peratus pada 2010 itu mungkin angkanya adalah 0.0 peratus sebelum negara mencapai kemerdekaan? Dari 0 peratus bercambah kepada 2 peratus dan percayalah jumlah itu akan meningkat dan meningkat.

Mengimbau persekitaran 30 tahun lalu di kampung, memang ada pak cik-pak cik yang lembut sifatnya. Ciri-ciri wanita ada pada mereka. Tetapi sehingga ke akhir hayat mereka akur dilahirkan sebagai lelaki lantas memasuki alam rumah tangga dan menyempurnakan hidup sebagai lelaki sejati. Saya pasti di mana-mana ada lelaki begitu. Di mana-mana juga ada wanita yang keras membanting tulang dan menjadi tonggak keluarga. Tetapi mereka tidak memesongkan kelembutan dan kekerasan itu sehingga menjadi naluri gay atau lesbian. Biar apa pun alasannya, kebimbangan tentang trend LGBT ada asasnya sebagaimana kerisauan meningkatkan kes-kes jenayah yang lain. Begitu juga keprihatinan kadar jenayah moral seperti seks luar nikah, sumbang mahram yang tidak boleh dinafikan sesiapa pun bahawa sedikit sebanyak menjadi punca kepincangan masyarakat. Ramai juga melihat golongan tersebut sebagai tidak berdosa, tidak merosakkan dan tidak mencetuskan apa-apa keburukan dalam masyarakat. Benarkah begitu?

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:51
Zohor 1:23
Asar 4:44
Maghrib 7:30
Isyak 8:43

 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
PRK Bukit Gelugor
Utusan Live di PRK Parlimen Bukit Gelugor
PRK Teluk Intan
Utusan Live di PRK Parlimen Teluk Intan
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014


IKLAN@UTUSAN

IKLAN@UTUSAN

MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.