VERSI : Mobile | Akhbar Digital
1 Oktober 2014 / 6 Zulhijjah 1435  
  Carian Arkib
AGROBIZ

ARKIB : 27/12/2010

Terang Bulan legasi kopi tradisional


Hazilah Abd Rahman (empat dari kiri) bergambar bersama sebahagian pekerjanya di kilang mereka di Bukit Mertajam Pulau Pinang semalam.


SEJAK 1976, penduduk sekitar Seberang Perai, Pulau Pinang sering dihidangkan dengan kopi keluaran syarikat Perniagaan Terang Bulan (Terang Bulan) yang diusahakan Allahyarham Abd. Rahman Hussain di Kampung Tasek Cempedak, Bukit Mertajam.

Malah, kopi yang dimasak secara tradisional menggunakan dapur arang di dalam kawah itu melonjakkan nama Terang Bulan sebagai jenama kopi terkenal di sekitar daerah itu.

Menyedari potensi kopi keluaran Terang Bulan sebagai pilihan utama, beberapa agensi kerajaan seperti SME Bank, Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA), Lembaga Kemajuan Wilayah Pulau Pinang (Perda) dan banyak lagi mula membuka ruang kepada syarikat itu menambahkan pengeluaran mereka.

Pada 2003, mereka mula mendiami Kompleks Kilang SME Bank di Bukit Mertajam dan bermulalah pengeluaran satu produk baru yang melonjakkan nama mereka iaitu kopi campuran 5 dalam 1 Guarana Cappuccino.

Menurut Pengarah Urusan Terang Bulan Food Industries (M) Sdn. Bhd., Hazilah Abdul Rahman, 36, semangat ingin meneruskan legasi arwah bapanya dalam industri itu membuatkan beliau memperkenalkan minuman berasaskan guarana.

"Saya banyak mendapatkan maklumat daripada Internet mengenai guarana yang berasal dari Brazil dan memiliki banyak khasiat untuk kesihatan seperti boleh menambah tenaga seksual lelaki dan perempuan, mengembangkan saluran darah, melancarkan pembuangan air besar dan kecil.

"Kopi ini juga boleh mengurangkan rasa mengantuk terutama semasa memandu jauh, mengurangkan sakit kepala, meredakan demam, agen awet muda serta boleh menurunkan berat badan," kata graduan diploma perakaunan dan pengurusan itu ketika ditemui di pejabatnya di Bukit Mertajam baru-baru ini.

Selain itu kata Hazilah, ramuannya juga boleh membantu menguat dan menyempurnakan fungsi sistem saraf, menguatkan ketahanan badan, merangsang otak serta daya ingatan.

Lebih istimewa, kopi Guarana Cappuccino yang dihasilkan mereka mengandungi Instant Arabica, Guarana, krimer, koko dan Dextrose dan memperoleh sijil halal serta sijil kesihatan dari Kementerian Kesihatan.

"Saya mula lancarkan Guarana Cappucino pada Pameran Perdagangan Halal Antarabangsa (Mihas) di Pusat Konvensyen Mines pada 2005 yang mendapat sambutan hangat pengunjung.

"Tapi pada masa itu pembungkusan pun masih guna cara lama dengan label fotokopi di plastik pembungkus kopi," ujarnya.

Ditanya mengenai isu kopi 3 dalam 1 yang dikatakan memudaratkan kesihatan, Hazilah berkata, Guarana Cappuccino keluaran mereka tidak akan membawa kesan sampingan kerana melepasi ujian makmal serta disahkan selamat.

Malah, jelasnya, ia juga boleh diminum oleh pesakit kencing manis, darah tinggi, sendi serta buasir tanpa mempunyai kesan sampingan.

"Selain kopi campuran, Terang Bulan juga mengeluarkan produk minuman Guarana Collagen, biskut guarana dan guarana coklat selain masih mengekalkan teh dan kopi campuran di bawah label Terang Bulan.

"Biarpun terdapat lebih 30 jenama kopi campuran di pasaran namun saya yakin Guarana Cappuccino memiliki aroma tersendiri yang berbeza dengan produk-produk lain," ujarnya.

Bagi mengukuhkan lagi jenama, pelakon popular Zed Zaidi telah dilantik sebagai duta produk dan mempunyai rangkaian pemasaran yang kukuh melalui stokis di 13 negeri.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:45
Zohor 1:06
Asar 4:16
Maghrib 7:07
Isyak 8:16


 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014


IKLAN@UTUSAN



IKLAN@UTUSAN
ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.