VERSI : Mobile | Akhbar Digital
30 Julai 2014 / 3 Syawal 1435  
  Carian Arkib
TERKINI

ARKIB : 26/12/2010

Piala Suzuki-AFF: Peminat bola sepak serbu stadium

26/12/2010 8:38pm

KUALA LUMPUR 26 Dis. – Suasana di dalam Stadium Nasional Bukit Jalil di sini sudah gamat dengan sorakan serta tiupan “Vuvuzela” dan pukulan gendang oleh penyokong-penyokong pasukan Malaysia dan Indonesia, yang beraksi dalam perlawanan akhir pertama Piala Suzuki-AFF 2010, malam ini.

Bahang kehangatannya sudah mulai terasa sejak pukul 6 petang apabila kira-kira 30,000 penyokong kedua-dua pasukan mula mengisi tempat duduk Stadium Nasional yang mula dibuka seawal pukul 3 petang, dan perlawanan bermula pukul 8 malam.

Bagi penyokong Malaysia, rata-rata kalangan mereka mengenakan jersi pasukan kebangsaan “Harimau Malaya”, mengibarkan bendera Jalur Gemilang serta sepanduk yang tertera kata-kata perangsang untuk menaikkan semangat pasukan.

Sementara itu di kawasan luar stadium pula, suasana seolah-olah suatu karnival apabila para peniaga mengambil kesempatan mencari rezeki daripada kebanjiran peminat-peminat bola sepak di sini.

Laluan menuju ke arah kawasan Kompleks Sukan Negara dari Lebuh Raya Utara-Selatan, Lebuh Raya Kesas dan Lebuh Raya Maju Express, sesak di kedua-dua hala sejak petang tadi. – Bernama

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:51
Zohor 1:22
Asar 4:44
Maghrib 7:30
Isyak 8:43

 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
PRK Bukit Gelugor
Utusan Live di PRK Parlimen Bukit Gelugor
PRK Teluk Intan
Utusan Live di PRK Parlimen Teluk Intan
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014


IKLAN@UTUSAN

IKLAN@UTUSAN

MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.