VERSI : Mobile | Akhbar Digital
18 April 2014 / 18 Jamadil Akhir 1435  
  Carian Arkib
KELUARGA

ARKIB : 23/12/2010

Seni ukir sabun

FRUITALE, rangkaian sabun kecantikan yang ceria berusaha mempopularkan dan memelihara seni kraf tangan sabun, satu tradisi Melayu yang digunakan sebagai hantaran perkahwinan.

Jenama berkenaan telah mengadakan Peraduan Kraf Sabun Buah Hatiku buat kali pertama dari Oktober hingga November, berjaya menarik minat sebanyak 350 penyertaan dari semua lapisan masyarakat seluruh negara yang mahu meluahkan perasaan kepada buah hatinya menerusi hasil kraf tangan masing-masing.

Sepuluh finalis telah menonjolkan bakat rekaan dan gubahan untuk memenangi hadiah wang tunai dan produk-produk bernilai lebih RM7,000 pada satu majlis yang meriah di Mydin Mall USJ, Subang Jaya, Selangor baru-baru ini.

Kejutan terbesar dan agak luar biasa adalah apabila peserta lelaki, Wong Siew Keong, 37, yang bertugas sebagai eksekutif jualan di sebuah syarikat fesyen, diumumkan sebagai pemenang selepas dia berjaya mengatasi cabaran sengit daripada pencabar wanita lain.

Dia menampilkan rekaan bertemakan keindahan taman yang direka khas buat isteri tercinta yang sudah bersamanya sejak 13 tahun lalu.

"Isteri saya menjalankan perniagaan membuat hantaran untuk majlis perkahwinan atau pertunangan dan saya ada membantunya terutama ketika terlalu banyak tempahan.

" Bagaimanapun saya tidak pernah membuat sendiri semua rekaan atau gubahan berkenaan sebelum ini.

Dia mendapat tahu mengenai peraduan itu daripada rakan dan memujuk saya menyertai pertandingan ini," katanya sambil tersenyum malu.

Baginya seni mengukir sabun adalah suatu hobi pada masa lapang yang menarik kerana ia memerlukan ketelitian dan kehalusan seni kerja tangan.

Sementara itu, Noraniza Jamil, 21 dari Tangkak Johor yang mengusahakan perniagaan sendiri mengkhusus dalam rekaan seni sabun buku, meraih tempat kedua untuk membawa pulang hadiah wang tunai RM 1,000, manakala pereka sambilan, Fanny Phang Pit Fun, menduduki tempat ketiga dan meraih hadiah wang tunai RM 800.

Menurut Pengurus Produk Lam Soon (Bahagian Penjagaan Diri dan Produk Isirumah), Angeline Sim, pertandingan tersebut bertujuan menghidupkan tradisi kraf tangan di samping memupuk inovasi dan eksperimentasi terhadap kegunaan yang baru.

"Tradisi kraf tangan haruslah berkembang selari dengan perkembangan masa dan juga relevan supaya lebih ramai orang akan mengambil hobi ini serta kemahirannya tidak akan hilang," katanya.

Utusan Online on Facebook
Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:50
Zohor 1:15
Asar 4:27
Maghrib 7:21
Isyak 8:31
 
 



IKLAN@UTUSAN



BANCIAN ONLINE
IKLAN@UTUSAN

MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.