VERSI : Mobile | Akhbar Digital
1 Oktober 2014 / 6 Zulhijjah 1435  
  Carian Arkib
JENAYAH

ARKIB : 22/12/2010

Anggota TUDM parah terlibat kemalangan tiga kenderaan


Tong gas bertaburan di jalan selepas treler membawa muatan berkenaan terlibat dalam kemalangan di Kampung Anak Ikan, Besut, semalam.


BESUT 21 Dis. - Seorang anggota Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) parah setelah terlibat dalam kemalangan membabitkan tiga buah kenderaan di Kampung Anak Ikan dekat sini hari ini.

Dalam kejadian ketika hujan lebat kira-kira pukul 5.45 pagi itu, Firdaus Kusairi, 31, dikatakan memandu berseorangan dari arah Kuala Terengganu menuju Kota Bharu.

Setiba di tempat kejadian, mangsa yang berasal dari Ijok, Selangor dikatakan gagal mengawal kereta Proton Wira Aeroback yang dipandunya sebelum terbabas lalu memasuki lorong bertentangan.

Menurut seorang saksi yang enggan namanya disiarkan berkata, kenderaan mangsa kemudian merempuh sebuah treler membawa muatan tong gas yang dalam perjalanan dari arah Jerteh menuju Kuala Terengganu.

Berikutan pertembungan itu, treler terbabit terbabas dan terbalik di kiri jalan dengan tong gas kosong bertaburan di tengah jalan manakala Firdaus tersepit di dalam keretanya.

"Tidak lama kemudian, datang sebuah lori tangki minyak dari Jerteh yang kemudian merempuh tong- tong gas yang berselerak di atas jalan raya," katanya.

Bagaimanapun pemandu lori tangki itu tidak mengalami kecederaan manakala pemandu treler, Amir Abdullah, 33, hanya cedera ringan dan dia dirawat sebagai pesakit luar di Hospital Besut.

Berikutan kejadian itu, sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat di sini bergegas ke lokasi kejadian untuk mengeluarkan Firdaus yang tersepit di dalam keretanya yang remuk sebelum dibawa ke Hospital Besut.

Mangsa yang mengalami patah tangan dan kecederaan di kepala kemudian dirujuk ke Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) di Kubang Kerian, Kelantan untuk rawatan lanjut.

Dalam pada itu, Ketua Polis Daerah Besut, Supritendan Kamarudin Mohd. Zakaria ketika dihubungi mengesahkan kejadian tersebut dan beliau menambah, punca sebenar nahas masih dalam siasatan.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:45
Zohor 1:06
Asar 4:16
Maghrib 7:07
Isyak 8:16


 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014


IKLAN@UTUSAN



IKLAN@UTUSAN
ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.