VERSI : Mobile | Akhbar Digital
23 April 2014 / 23 Jamadil Akhir 1435  
  Carian Arkib
KESIHATAN

ARKIB : 21/12/2010

Tungku kesihatan


MOHD. Abdullah Isa, dan Masitah Amsal Salleh menunjukkan tungku tangisan burung keluaran syarikat mereka.


AMALAN bertungku biasanya diamalkan wanita baru lepas bersalin khususnya di kalangan masyarakat Melayu. Tradisi itu masih dikekalkan hingga hari ini.

Tetapi kini amalan bertungku tidak terhad kepada wanita dalam pantang, sebaliknya boleh dilakukan sesiapa sahaja, termasuk lelaki bagi tujuan kesihatan.

Ini terbukti apabila sepasang suami isteri, Mohd. Abdullah Isa, 40, dan Masitah Amsal Salleh, 40, yang mengusahakan pusat kecantikan De Ritz Beauty Care di Shah Alam, Selangor berani menampilkan lima set tungku pelbagai fungsi untuk wanita dan lelaki.

Kesemua tungku yang dihasikan itu menggunakan ramuan istimewa lebih 55 herba tradisi turun-temurun keluarga Mohd. Abdullah dari Kelantan.

Antara herba yang digunakan adalah serai wangi, jintan hitam, garam bukit dan herba tradisi iaitu Tangisan Burung.

Menurut Masitah selaku Pengarah Urusan De Ritz Beauty Care, herba Tangisan Burung itu mempunyai banyak kebaikan iaitu bijinya boleh merawat penyakit diabetes, daunnya pula mampu mencerahkan mata sementara akarnya bertindak merawat masalah pernafasan dan paru-paru.

Oleh sebab penggunaan herba itu jugalah katanya, beliau dan suaminya sepakat untuk memberikan nama produk mereka sebagai Tungku Tangisan Burung.

"Buat masa ini kami mengeluarkan lima jenis tungku. Bagi menampakkan setiap tungku ini berbeza kegunaannya, saya membalut dengan kain yang berbeza

"Contohnya bagi tungku yang dibaluti kain berwarna hijau berfungsi untuk membuang angin dalam badan sekaligus boleh digunakan untuk mereka yang ingin kelihatan langsing.

"Ini kerana angin yang banyak dalam badan menyebabkan sistem badan tidak teratur dan boleh menyebabkan kegemukan," katanya.

Bagi mereka yang berminat mendapatkan produk ini boleh mengunjungi pusat kecantikannya atau melayari laman web www.deritzbeauty.com atau melayari laman sosial Facebook atas nama Masita Amsal Salleh.

Utusan Online on Facebook
Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:48
Zohor 1:14
Asar 4:29
Maghrib 7:20
Isyak 8:31
 
 



IKLAN@UTUSAN



BANCIAN ONLINE
IKLAN@UTUSAN

MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.