ARKIB : 20/12/2010
Penjagaan pokok manggis
![]() |
|
Penjagaan pokok manggis yang baik akan menghasilkan buah berkualiti. |
POKOK manggis adalah sejenis buah-buahan tropika yang bermusim. Musim manggis ialah bulan Jun hingga Ogos setiap tahun.Namun musim berbuah boleh berubah bergantung kepada faktor iklim semasa dan kesuburan pokok.
Manggis tergolong dalam keluarga Guttiferae dan nama saintifiknya ialah Garcinia mangostana L.
Ia boleh ditanam dengan menggunakan sistem segi empat sama dengan jarak tanaman 9 meter (m) x 9 m.
Secara umumnya, pokok manggis klon (kahwin) boleh mengeluarkan buah manggis pada umur tujuh tahun dan ke atas selepas ditanam.
Pokok manggis mudah dibiak dengan menggunakan kaedah cantuman baji.
Kaedah pembiakan ini memerlukan tiga komponen utama seperti anak pokok penanti manggis, pucuk ranting baka terpilih ( scion ) dan peralatan cantuman.
Bagi cantuman baji yang telah berjaya dicantum, ia perlu diberikan naungan/teduhan sehingga anak pokok sesuai ditanam.
Pokok manggis yang ditanam diladang UPM ialah seperti manggis biji, manggis masta dan manggis tanpa biji.
Bagi tempoh kematangan, buah manggis mengambil masa antara tiga dan empat bulan dari bunga kembang hingga buah masak.
Buah manggis biasanya dimakan segar dan diproses menjadi jus atau jem.
Kajian kelestarian sawit
Jihad ekonomi
Ayam hibrid
Latihan kemahiran pertanian
Ternakan ayam tertutup
Agrochallenge rentas benua
Manisan penyeri majlis perkahwinan
Sokongan kerajaan tingkat kualiti IGrow
iGROW tawar SKM pertanian
Transformasi industri getah
Pengurus jadi penternak Lembu
Tinggalkan kerjaya sebagai kontraktor
Jaminan jadi usahawan
Menerajui sektor pertanian Kedah
Vitato ganti gandum
Pemuliharaan pokok nadir
Khasiat jambu batu
Nelayan jadi tauke
Makanan ikan daripada rumpai laut
Waktu Solat Kuala Lumpur |
||||
|
||||










