VERSI : Mobile | Akhbar Digital
21 April 2014 / 21 Jamadil Akhir 1435  
  Carian Arkib
HIBURAN

ARKIB : 13/12/2010

Syamsul dapat 'lampu hijau'


RIZAL Ashreff (kanan) dan Syamsul Yusof berganding bahu mengarahkan KL Gangster.


JIKA di awal pembabitan Syamsul Yusof dalam bidang produksi, dia hanya diberi peluang mengarahkan drama-drama terbitan Skop Production milik bapanya, Datuk Yusof Haslam untuk siaran televisyen semata-mata.

Bagaimanapun, pengarah berusia 26 tahun itu begitu cepat mendapat kepercayaan bapanya apabila dia kini semakin galak pula mengarahkan filem-filem terbitan Skop Production.

Terbaru, Syamsul bukan sahaja diberi peluang mengarahkan filem terbitan syarikat produksi itu berjudul KL Gangster, tetapi turut mendapat kepercayaan Yusof untuk kerja-kerja lain.

Menurut Pengarah Terbaik pada Festival Filem Malaysia ke-23 itu, bapanya turut menyerahkan tanggungjawab dan kreativitinya dalam proses rakaman dan adunan akhir filem KL Gangster.

“Boleh dikatakan hampir 100 peratus pembikinan filem KL Gangster saya lakukan sendiri. Contohnya, idea asal dan skrip filem ini saya tulis dengan dibantu penolong pengarah, Rizal Ashreff.

“Malah, proses memasukkan elemen dolby digital, pengredan warna dan CGI (imej janaan komputer) di Studio Siam Lab ini juga saya yang lakukan sendiri dengan bantuan tenaga pakar di sini.

“Filem ini sepenuhnya tanggungjawab saya. Bapa saya sekadar mengeluarkan kos pembikinannya sebanyak RM1.9 juta ,” katanya sewaktu ditemui di Studio Siam Lab, Bangkok, Thailand baru-baru ini.

Jelas Syamsul, dia amat berterima kasih kepada bapanya kerana memberi sepenuh kepercayaan kepadanya untuk mengarah dan melakukan proses-proses akhir filem tersebut.

Katanya, kepercayaan itu semakin terserlah apabila sebelum ini berjaya mengarahkan filem-filem terbitan Skop Production seperti Bohsia, Evolusi KL Drift 1 dan Khurafat.

“Bagi saya, KL Gangster lebih mencabar kerana teknik-teknik pembikinannya dan aksi-aksi lasak yang dipaparkan. Saya rasa ini adalah antara filem Melayu yang paling banyak adegan pertarungan.

“Kalau dulu filem Bohsia diletakkan kategori untuk penonton 18PL yang sarat dengan adegan-adegan lasak, filem KL Gangster mungkin lebih daripada itu. Saya sudah bersedia berdepan dengan LPFM (Lembaga Penapisan Filem Malaysia).

“Cuma saya harap tidak banyak potongan kerana adegan pergaduhan sesuai dengan genre filem ini iaitu aksi. Apa pun ia masih ada batasannya,” ujarnya.

Sewaktu di Studio Siam Lab, selain Syamsul turut serta pada proses pembikinan di sebalik tabir produksi KL Gangster ialah Penolong Pengarahnya, Rizal Ashreff dan Penasihat Teknikal, Musa Idris.

Sungguhpun mendapat kepercayaan penuh dan ‘lampu hijau’ daripada Yusof Haslam, namun Syamsul masih menganggap bapanya itu sebagai penasihat serta idolanya dalam menghasilkan filem pada masa akan datang.

“Walau macamana pun kepercayaan yang diberi tetapi saya tidak akan lupa nasihat dan garis panduan yang telah diberi bapa saya. Kalau boleh saya tidak mahu buat filem macam orang syok sendiri.

“Saya anggap bapa saya sebagai idola. Selain itu, pengarah Barat seperti Michael Bay juga antara idola saya dalam bidang ini. Saya banyak belajar dengan menonton filem-filem arahannya.

“Kalau boleh saya tidak mahu jadi pengarah yang cuma tahu cakap action dan cut sahaja sewaktu di lokasi penggambaran. Jadi pembabitan sepenuhnya saya dalam KL Gangster cukup bermakna,” ungkapnya.

Tambah Syamsul, dengan kos mencecah RM100,000 yang diperuntukkan Skop Production bagi menjalani proses akhir penerbitan KL Gangster di Studio Siam Lab, dia yakin mampu melakukan yang terbaik.

Sambil mengakui kos pembikinan filem genre aksi menelan belanja yang tinggi, Syamsul berkata;

“Saya anggap filem kelima arahan saya ini paling mencabar. Saya yakin mampu menyerlahkan adegan-adegan lasak dalam filem ini sama taraf dengan filem-filem luar negara.

“Ditambah dengan kesan bunyi khas atau special effect dengan bantuan para tenaga pakar di studio ini seperti Vorapol Chokprasombat, saya yakin hasilnya nanti mampu memuaskan hati para penonton,” katanya.

Utusan Online on Facebook
Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:48
Zohor 1:15
Asar 4:28
Maghrib 7:20
Isyak 8:31
 
 



IKLAN@UTUSAN



BANCIAN ONLINE
IKLAN@UTUSAN

MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.