VERSI : Mobile | Akhbar Digital
30 Julai 2014 / 3 Syawal 1435  
  Carian Arkib
JENAYAH

ARKIB : 11/12/2010

Hutang RM60,000 ditipu ah long

IPOH 10 Dis. - Seorang wanita mendakwa menjadi mangsa kegiatan ah long yang dipercayai bekerjasama dengan syarikat guaman untuk menipu dan memeras ugut orang ramai.

Berikutan itu, dia kini berhutang RM60,000 setelah menandatangani beberapa dokumen di sebuah firma guaman.

Nasib malang Tang Yoke Kum, 29, bermula selepas dia meminjam RM1,000 dengan ah long terbabit kerana kekurangan wang untuk membuat pusingan modal dalam perniagaan kedai makannya.

Namun, selepas membayar lebih RM2,000, hutangnya masih belum selesai.

"Saya kemudian berjumpa dengan ah long itu dan diberitahu perlu membayar RM7,000 lagi untuk melunaskannya.

"Dia (ah long) lalu menawarkan untuk membantu saya membuat pinjaman perniagaan dengan bank," katanya pada sidang akhbar di Pusat Khidmat dan Aduan Barisan Nasional Perak (Kawasan Ipoh Barat) di sini, hari ini.

Menurut Yoke Kum, pada April lalu, dia menerima panggilan telefon daripada sebuah firman guaman yang memintanya menandatangani beberapa dokumen tanpa mengetahui isi kandungannya.

"Saya pergi ke pejabat firma guaman itu bersama seorang rakan. Rakan saya hendak baca dokumen tetapi peguam itu mendesak saya menandatangani dokumen tersebut dengan segera.

"Selang beberapa hari, ibu saya pula diminta datang ke firma guaman itu untuk menandatangani beberapa dokumen juga atas alasan pinjaman bank.

"Tidak lama selepas itu, kami terkejut selepas ibu menerima surat mengatakan lot rumah kedainya di Sungai Siput telah dikaveat sebagai cagaran atas pinjaman saya," katanya.

Katanya, dia tidak mengetahui menjadi mangsa penipuan ah long sehinggalah 11 November lalu apabila dua lelaki datang ke rumahnya di Taman Wang di sini, memintanya membayar hutang sebanyak RM60,000.

Tambahnya, dia juga diberi pilihan membayar RM20,000 jika ingin mendapatkan semula rumah kedai ibunya.

"Saya tidak pernah membuat pinjaman wang sebanyak itu dari mana-mana bank atau orang perseorangan.

"Keesokannya saya telah membuat laporan di Balai Polis Menglembu kerana berasa telah ditipu ah long dan peguam tersebut," katanya.

Ketua Urus Setia Pusat Khidmat dan Aduan BN Perak (Kawasan Ipoh Barat), Mohd. Rawi Abdullah berkata, pihaknya akan membawa perkara itu kepada Majlis Peguam Malaysia kerana melibatkan salah laku peguam.

"Dalam kes itu, mangsa tidak mengetahui apa isi kandungan dokumen yang ditandatanganinya dan tidak diberi salinan dokumen tersebut,'' ujarnya.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:51
Zohor 1:22
Asar 4:44
Maghrib 7:30
Isyak 8:43

 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
PRK Bukit Gelugor
Utusan Live di PRK Parlimen Bukit Gelugor
PRK Teluk Intan
Utusan Live di PRK Parlimen Teluk Intan
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014


IKLAN@UTUSAN

IKLAN@UTUSAN

MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.