VERSI : Mobile | Akhbar Digital
24 Julai 2014 / 26 Ramadan 1435  
  Carian Arkib
JENAYAH

ARKIB : 11/12/2010

Polis ada cara sendiri tangani rasuah - Ismail

KUALA LUMPUR 10 Dis. - Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar memberitahu, pihaknya akan menekankan kepada prinsip ketelusan dan integriti Polis Diraja Malaysia (PDRM) bagi meningkatkan keyakinan masyarakat terhadap pasukan itu berhubung isu rasuah.

Beliau berkata, pihaknya mempunyai mekanisme tersendiri dalam mencegah dan memerangi gejala itu di kalangan polis malah sentiasa berhubung dengan setiap jabatan kerajaan bagi mengawasi warganya.

"Langkah itu dilakukan bagi mengawasi anggota yang terlibat dan seterusnya mengambil tindakan lanjut," katanya ketika dihubungi sebagai mengulas pendapat orang ramai terhadap institusi polis yang dianggap paling korup diikuti oleh parti-parti politik, kakitangan awam, sektor perniagaan dan kehakiman.

Tinjauan pendapat tersebut dibentangkan hari ini menerusi laporan Barometer Rasuah Global (GCB) 2010 oleh Transparency International Malaysia (TI-M), satu badan bebas membuat kajian hasil tinjauan umum mengenai rasuah merentasi sempadan sejak 2003.

Menurut Presiden TI-M, Paul Low, hasil tinjauan menunjukkan 48 peratus responden merasakan tindakan kerajaan kini berkesan dalam menentang rasuah, berbanding hanya 28 peratus berfikir sedemikian pada 2009.

"Lebih menggalakkan lagi, hanya 20 peratus responden merasakan tindakan yang diambil kerajaan tidak berkesan iaitu penurunan tiga kali ganda berbanding 67 peratus berfikiran serupa tahun lalu," katanya.

Dalam pada itu, menurut Ismail, kerjasama semua pihak amat diharapkan dalam menyalurkan maklumat kepada mereka berhubung kegiatan rasuah dalam PDRM.

Ismail bagaimanapun enggan mendedahkan jumlah anggota terlibat dalam rasuah dan yang sudah dikenakan tindakan disiplin.

"Bagaimanapun, pihak saya nak tahu juga bagaimana kajian persepsi itu dibuat dan mohon kerjasama pihak berkenaan memberi kerjasama dan cadangan sewajarnya kepada PDRM," katanya.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:50
Zohor 1:23
Asar 4:45
Maghrib 7:30
Isyak 8:44

 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
PRK Bukit Gelugor
Utusan Live di PRK Parlimen Bukit Gelugor
PRK Teluk Intan
Utusan Live di PRK Parlimen Teluk Intan
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014


IKLAN@UTUSAN

IKLAN@UTUSAN

MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.