VERSI : Mobile | Akhbar Digital
2 September 2014 / 7 Zulkaedah 1435  
  Carian Arkib
HIBURAN

ARKIB : 05/12/2010

Berkongsi debaran pengacara TV AlHijrah


Keakraban dan kemesraan jelas kelihatan meskipun kali pertama digandingkan bersama dalam sesi fotografi.


MENUNGGU hari bersejarah stesen TV AlHijrah dilancarkan oleh Perdana Menteri memberikan debaran yang bukan kecil kepada warga stesen televisyen ini.

Di sebalik azam memberikan yang terbaik kepada penonton, mereka yang berada di depan kamera adalah muka-muka baru yang diberi kepercayaan untuk menjadi sebahagian tarikan TV AlHijrah.

Walaupun mempunyai pengalaman yang sedikit tetapi anak-anak muda yang menyertai TV AlHijrah sebagai pengaraca ini mempunyai semangat yang besar dan komitmen yang tinggi.

Antara muka-muka baru yang akan menemani penonton TV AlHijrah adalah Adi Akmal Sehrom, 24, Syafiq Zulakifli, 24, Nur Nazira Naziruddin, 25, Nur Amalina Faisal, 23 dan Syafinaz Yunus, 25.

Sebagai orang baru, rasa teruja menyandang tugas tersebut diluahkan sepanjang sesi fotografi yang berlangsung di Pusat Penyiaran TV AlHijrah, Kompleks Pusat Islam petang Selasa lalu. Debaran semakin kencang tatkala angka di kalendar semakin menghampiri tarikh bersejarah itu.

Tak boleh sambil lewa - Finaz

Walaupun berpengalaman kira-kira empat tahun dalam bidang penyiaran, ini tidak bermakna Syafinaz Yunus boleh merasa senang berbanding rakan-rakan yang lain. Ia adalah satu cabaran buat anak kelahiran Melaka ini untuk lebih fokus terutama membuat liputan berita.

“Cinta mendalam pada bidang penyiaran membuatkan saya tidak boleh lari dari lapangan lain. Bukan disebabkan glamor tetapi ini memberi peluang saya mencurahkan idea apabila penerbit meminta laporan eksklusif bagi kes-kes tertentu,” reaksi pertama wanita ini ketika ditanya mengenai pilihan kerjayanya itu.

Lulusan Diploma Penyiaran Akademi TV3 ini juga menyatakan rasa teruja untuk membuat liputan berita termasuk mengenai politik dan ehwal semasa yang telah biasa dilakukan sejak menceburinya tahun 2006.

“Ukhwah setiap pengacara AlHijrah seperti adik-beradik dan kami saling melengkapi antara satu sama lain. Ikatan ini juga menyatukan hati kami demi pembangunan umat sejagat,” kata wanita terawal yang menyertai halaqah AlHijrah sejak Jun lalu.

Perlu seba boleh - Nazira

Bekas pembaca berita sukan Bernama, Nur Nazira Naziruddin melengkapkan diri dengan pakej wartawan penyiaran dengan menggabungkan pengalaman di tempat kerja lama.

Kini, fokus utama anak kelahiran Langkawi, Kedah ini lebih kepada isu-isu kemasyarakatan terutama melibatkan cabaran dunia Islam masakini.

“Saya tahu seorang pengacara itu perlu multi tasking, berupaya untuk membuat apa sahaja liputan tanpa mengeluh. Perlu kuatkan semangat dan bersedia menerima apa sahaja cabaran sewaktu bertugas,” kata bekas atlet pecut ini.

Pemegang Ijazah Sarjana Muda Komunikasi (Kewartawanan) Universiti Putra Malaysia (UPM) tahun 2009 ini juga berharap dapat memuaskan semua pihak dengan pembentangan laporannya untuk sorotan seminggu bagi program bual bicara Assalamualaikum bermula Jumaat depan.

Orang berita perlu kuat - Adi

Dipertanggungjawab-

kan menjadi wartawan penyiaran sekaligus pembaca berita merupakan kenyataan yang tidak pernah diimpikan selama ini. Tambahan pula, Adi Akmal Sehrom ini sekadar berjinak-jinak di hadapan kamera sebagai pengacara secara santai.

“Peluang bekerja di sebuah organisasi penyiaran yang menerapkan unsur Islamik sebegini tidak boleh dilepaskan begitu saja. Saya pernah mengendalikan rancangan U-Remaja selama dua tahun di TV1, tetapi konsep yang diketengahkan sudah pasti berbeza,” kata graduan Ijazah Sarjana Muda Sains Kemanusiaan (Psikologi), Universiti Islam Antarabangsa (UIAM) ini.

Anggota kumpulan nasyid Devotees ini juga yakin kekuatan dirinya bakal terserlah dengan latihan intensif oleh jururunding pengacaraan, Nizal Muhammad. Bimbingan diingati dan dipraktikkan tidak kira di mana bagi memastikan tiada satu pun ilmu yang tercicir.

Perlu mahir banyak bahasa- Amna

Pemilik Ijazah Sarjana Muda (Kepujian) Bahasa dan Kesusasteraan Arab dari Universiti Yarmouk, Irbid Jordan, Nur Amalina Faisal merasakan peribadi seorang pengendali rancangan televisyen semakin terserlah andai memiliki penguasaan lebih dari satu bahasa.

“Saya sendiri merasa manfaat dari penguasaan bahasa itu kerana ia mampu merapatkan jurang sesama umat. Dapat rasa semakin dekat dan tidak bertumpu kepada permukaan masalah sahaja tetapi diselami perkara tersebut,” bicara wanita yang dipanggil Amna ini mengenai kelebihan dirinya yang boleh bertutur tiga bahasa.

Rasa cinta terhadap bahasa juga menyebabkan Amna sanggup membawa kamus bahasa Arab ke mana sahaja demi memastikan pengertian yang disampaikan tidak lari dari konteks ayat sebenar.

Aznil jadi idola - Syafiq

“Saya mahu menggunakan pendekatan pengacara tersohor, Aznil Hj. Nawawi dalam menarik minat golongan muda seperti saya agar lebih tertarik dengan keindahan Islam. Formula mesra dan ramah boleh diguna pakai kerana interaksinya bersifat santai dengan audiens. Insya Allah, ia menjadi tunjang utama sewaktu saya menjadi pengacara program Assalamualaikum bersama Amna yang disiarkan secara langsung setiap Jumaat, Sabtu dan Ahad bermula pukul 12 tengah hari hingga 1 petang,” kata Syafiq Zulakifli penuh yakin.

Lelaki berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Syariah dari Universiti Al-Azhar, Mesir ini tidak kekok untuk mendalami masalah masyarakat Islam serantau masa kini.

Anak kelahiran Johor ini berkata, dia sudah bersedia untuk menjadi pembimbing peribadi buat masyarakat yang memerlukan pandangan selepas program itu disiarkan kelak.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zohor 1:16
Asar 4:23
Maghrib 7:20
Isyak 8:30


 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
PRK Bukit Gelugor
Utusan Live di PRK Parlimen Bukit Gelugor
PRK Teluk Intan
Utusan Live di PRK Parlimen Teluk Intan
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014


IKLAN@UTUSAN

IKLAN@UTUSAN
ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.