VERSI : Mobile | Akhbar Digital
21 April 2014 / 21 Jamadil Akhir 1435  
  Carian Arkib
DALAM NEGERI

ARKIB : 02/12/2010

Pegangan tanah pajakan tidak lebih 99 tahun

KUALA LUMPUR 1 Dis. - Kerajaan negeri kini boleh memperbaharui tempoh pegangan baru tidak melebihi 99 tahun kepada mana-mana pemilik tanah berstatus pajakan yang bercadang memohon 'pembaharuan' atau 'pelanjutan' tempoh pegangan pajakan sedia ada sebelum tempoh pegangan tersebut luput.

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, perkara itu terkandung dalam panduan yang menjamin 'pembaharuan' atau 'pelanjutan' tempoh pegangan pajakan tersebut yang telah dipersetujui pada Mesyuarat Ke-66 Majlis Tanah Negara (MTN) hari ini.

"Pelaksanaan dasar itu akan dapat memenuhi kehendak rakyat yang sebelum ini bimbang akan kehilangan tanah mereka. Bagaimanapun, pegangan baru itu hanya akan dibenarkan sekiranya tanah tersebut tidak diperlukan oleh kerajaan untuk tujuan awam," katanya.

Muhyiddin berkata, pelaksanaan dasar tersebut merupakan panduan kepada kerajaan negeri dengan tertakluk kepada beberapa syarat yang telah ditetapkan.

"Ia terbuka kepada tanah pajakan berkategori 'bangunan' atau 'perusahaan' atau 'pertanian'. Pemilik tanah boleh memohon bila-bila masa untuk menyambung pajakan dan tidak terikat dengan baki pajakan sedia ada," katanya.

Menurutnya, pemohon dikehendaki membuat permohonan serentak bagi menyerah balik tanah mengikut Seksyen 197 Kanun Tanah Negara (KTN) dan Borang Jadual 1 Kaedah Tanah Negeri untuk pemberi milikan tanah mengikut tatacara perundangan sedia ada di bawah KTN dan kaedah-kaedah tanah negeri.

"Pelanjutan tempoh pegangan baru adalah tidak melebihi 99 tahun sekiranya tanah tidak diperlukan oleh kerajaan untuk tujuan awam selain tertakluk kepada pengenaan bayaran-bayaran berkaitan," kata Muhyiddin.

"Ia juga berkuat kuasa pada tarikh hak milik baru bagi tanah tersebut didaftarkan dan tidak bercanggah dengan mana-mana undang-undang bertulis yang berkuat kuasa," katanya.

Utusan Online on Facebook
Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:48
Zohor 1:15
Asar 4:28
Maghrib 7:20
Isyak 8:31
 
 



IKLAN@UTUSAN



BANCIAN ONLINE
IKLAN@UTUSAN

MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.