VERSI : Mobile | Akhbar Digital
3 Oktober 2014 / 8 Zulhijjah 1435  
  Carian Arkib
REKREASI

ARKIB : 27/11/2010

Pertarungan jarak dekat


Ketangkasan teknik serangan tangan dalam pertempuran jarak dekat merupakan antara kelebihan Wing Chun untuk mematahkan serangan lawan.


SENI bela diri Wing Chun mungkin tidak dikenali ramai jika dibandingkan dengan seni mempertahankan diri yang lain. Tetapi setelah ia difilemkan menerusi filem Ip Man, seni bela diri jarak dekat itu terkenal dalam sekelip mata.

Wing Chun diasaskan oleh Ip Man atau nama sebenarnya Yip Kai Man. Beliau merupakan orang pertama yang mengajar seni mempertahankan diri tersebut secara terbuka di Hong Kong sekitar tahun 1930, ketika perang kedua Jepun-Sino.

Asas aliran itu telah diajarkan Ip Man kepada beberapa orang pelajar yang berguru dengannya termasuk pelakon lagenda terkenal, Bruce Lee.

Tetapi apa yang inginkan diketengahkan di sini bukannya Ip Man mahupun Bruce Lee. Tetapi kesungguhan seorang rakyat Malaysia pertama bernama Austin Goh menyebarkan aliran itu ke seluruh dunia.

Austin membesar di Malaysia di mana dia mempelajari asas pencak Wing Chun daripada gurunya Lee Shing.

Setelah beliau menamatkan latihan, Austin kemudiannya meninggalkan kampung halaman ke England untuk meneruskan pengajian dalam bidang akademik.

Setelah menamatkan pengajian, beliau menubuhkan sekolah pertama Wing Chun di London pada tahun 1972 dan kini ia telah berkembang sehingga ke Eropah, Hawai, Jepun, Hong Kong, Thailand dan Singapura.

Sehingga kini, Austin masih mengajar Wing Chun termasuk Pien San Wing Chun dan Dai Lim Tao walaupun berusia hampir 60 tahun.

Apabila diteliti, gerakan Wing Chun mampu digunakan untuk mempertahankan diri termasuk dalam menghadapi bilangan musuh yang ramai.

Gabungan gerakan tangan dan langkah kaki yang pantas dalam pertempuran jarak dekat memberikan kelebihan buat pengamal untuk menyerang disamping mempertahankan diri pada masa yang sama.

Gerak langkah Wing Chun dibahagikan kepada lima asas iaitu Bong Sau (kepak penahan), Tan Sau (langkah pembuka), Fok Sau (serangan tikaman), Pak Sau (tamparan) dan Biu Sau (serangan menggunakan jari).

Kesemua asas tersebut amat mudah dipelajari. Tetapi untuk menggunakannya secara mahir memerlukan latihan dan komitmen.

Austin berkata, sebagai seorang guru beliau sentiasa mengajar dalam situasi mesra dan berfikiran terbuka untuk memperolehi penghormatan dan kesetiaan daripada pelajar-pelajarnya.

“Saya akan mengajar sesiapa saja yang mahu berjaya. Asalkan mereka bersedia untuk berusaha bersungguh-sungguh untuk mencapai matlamat. Saya akan memberikan contoh-contoh terbaik melalui cara yang tersendiri.

“Saya rasakan tidak terdapat sebarang formula rahsia atau teknik-teknik dalam sebarang gaya atau seni mempertahankan diri,” katanya.

Beliau juga menerima gelaran lelaki besi Wing Chun setelah muncul dalam program televisyen British, Just Amazing.

Dalam program tersebut, Austin mendedahkan demonstrasi penggunaan tenaga chi.

Beliau juga berjaya mencipta rekod memecahkan 54 blok konkrit yang diletakkan di dadanya yang dipecahkan oleh pelajarnya menggunakan tukul besi.

Disamping itu, beliau juga mengejutkan para penonton dengan pertunjukan mendebarkan apabila dia dua blok konkrit yang diletakkan di bahagian kepala.

Buat mereka yang berminat untuk mempelajari seni bela diri Wing Chun bolehlah mengunjungi Pusat Kecergasan Menara Berkembar, di Menara Berkembar Kuala Lumpur (KLCC).

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:45
Zohor 1:05
Asar 4:16
Maghrib 7:06
Isyak 8:15


 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014


IKLAN@UTUSAN



IKLAN@UTUSAN
ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.