VERSI : Mobile | Akhbar Digital
30 September 2014 / 5 Zulhijjah 1435  
  Carian Arkib
HIBURAN

ARKIB : 24/11/2010

Kanak-kanak dewasa sebelum waktunya

DALAM dunia hiburan, pertandingan yang paling popular ialah pertandingan nyanyian. Segala macam pertandingan nyanyian ada di negara ini. Ada pertandingan lagu-lagu pop dan tidak kurang juga yang memfokuskan kepada irama berentak asli dan tradisional.

Setiap stesen televisyen (TV) turut mempunyai pertandingan nyanyian masing-masing. Pendek kata, kalau tidak ada pertandingan nyanyian, maka bukan stesen TV namanya. Ini kerana, sambutan para penonton sentiasa menggalakkan.

Malah, kalau boleh stesen-stesen TV mahu menarik perhatian semua lapisan penonton daripada golongan kanak-kanak, remaja hinggalah dewasa menontonnya. Boleh dikatakan setiap peringkat umur ada pertandingan nyanyiannya sendiri.

Idola Kecil terbitan TV9 misalnya, merupakan pertandingan nyanyian yang khusus buat peserta kanak-kanak berusia sembilan hingga 12 tahun yang kini memasuki musim ketiga selepas berjaya melahirkan dua juaranya sebelum ini.

Sayangnya, selepas masuk musim ketiga Idola Kecil, banyak pihak yang seakan-akan kurang perasan dengan kejanggalan pertandingan yang turut menyediakan latihan vokal dan tarian untuk setiap peserta pertandingan tersebut.

Ini kerana, Idola Kecil bukan seperti pertandingan nyanyian kanak-kanak lain. Sebaliknya, ia sama macam pertandingan-pertandingan nyanyian yang disertai oleh golongan dewasa daripada segi pemilihan lagu dan juga imej yang ditampilkan di dalamnya.

Ramai yang terkejut menonton rakaman Idola Kecil musim ketiga baru-baru ini apabila kesemua 10 kanak-kanak yang menyertai pertandingan itu disuruh menyanyikan lagu-lagu yang memang tidak sepadan dengan usia mereka.

Contohnya, peserta seperti Harris yang berusia 11 tahun membawakan lagu rock, Pelesit Kota (Search) dan Balqis, 11, menyanyikan lagu rancak, Jahat (Stacy) dalam keadaan terkinja-kinja jauh daripada imej serta kesesuaian mereka sebagai penyanyi kanak-kanak.

Stesen TV9 harus peka dan menyedari akan kurang sihatnya pendekatan menggunakan kanak-kanak dalam usaha untuk mengkomersialkan rancangan berbentuk hiburan ringan seperti Idola Kecil yang mereka terbitkan itu.

Harus ditanya, ke mana perginya lagu-lagu kanak-kanak termasuklah lagu-lagu rakyat yang sepatutnya lebih sesuai diketengahkan menerusi pertandingan yang khusus untuk kanak-kanak seperti Idola Kecil?

Mana perginya lagu-lagu kanak-kanak seperti Ikan Kekek, Bangau Oh Bangau dan Burung Kakak Tua? Lagu-lagu itu bukan sahaja sesuai untuk kanak-kanak tetapi ia juga mempunyai banyak mesej mendidik yang baik di sebaliknya.

Secara tidak langsung, dalam usia yang terlalu mentah, para peserta Idola Kecil dan penonton kanak-kanak sudah didedahkan dengan lagu-lagu berkisar soal putus cinta dan gejala sosial yang semakin banyak berlaku dalam masyarakat kini.

Selain lagu-lagu yang kurang sesuai, penampilan pakaian para peserta yang menjolok mata dalam Idola Kecil turut tidak menggambarkan kepekaan ibu bapa dan penerbit, TV9 terhadap nilai-nilai keperibadian yang sepatutnya ada pada kanak-kanak masa kini.

Pihak TV9 mahupun ibu bapa seakan-akan terlupa ataupun sengaja 'tutup mata'. Mungkin kerana begitu asyik serta kagum melihat kepetahan kanak-kanak yang baru mahu mengenalil dunia boleh menari dan menyanyi menerusi TV.

Alasan mengatakan kurangnya lagu-lagu kanak-kanak tidak timbul kerana jika benar Idola Kecil sebuah pertandingan nyanyian untuk kanak-kanak, maka perlu ada inisiatif di pihak stesen TV bagi menghasilkan lagu-lagu sedemikian.

Sepatutnya, TV9 mencontohi RTM sewaktu stesen TV itu menganjurkan Pertandingan Bintang Kecil yang benar-benar mahu mencungkil penyanyi kanak-kanak, selain pada masa sama mempopularkan lagu-lagu kanak-kanak.

Biarpun Pertandingan Bintang Kecil lenyap begitu sahaja, tetapi kalau boleh biarlah ada penyanyi kanak-kanak yang tampil seperti Anuar Zain yang popular dengan lagu berjudul Kain Pelekat sewaktu zaman kanak-kanaknya dulu.

Diharap stesen Astro Ceria yang kini sedang menganjurkan pertandingan nyanyian kanak-kanak, Kamilah Bintang tidak mengikut jejak langkah TV9 dengan pemilihan lagu-lagu yang kurang sesuai untuk para pesertanya.

Banyak pengaruh negetif daripada segi tumbesaran mental kanak-kanak apabila mereka didedahkan dengan elemen-elemen hiburan yang tidak sesuai dengan usia mereka dalam pertandingan seperti Idola Kecil.

Tidak keterlaluan jika dikatakan stesen-stesen TV terutamanya swasta terlalu ghairah melahirkan pertandingan nyanyian termasuklah untuk kanak-kanak sehingga mereka terlupa akan kesan jangka panjang golongan kanak-kanak.

Dalam hal ini, TV9 dan golongan ibu bapa janganlah terlalu berbangga dengan bakat nyanyian kanak-kanak dalam Idola Kecil sehingga terlupa pengaruh-pengaruh negetif yang turut diserapkan saat golongan itu sedang membesar.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:46
Zohor 1:06
Asar 4:16
Maghrib 7:08
Isyak 8:17


 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014


IKLAN@UTUSAN



IKLAN@UTUSAN
ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.