VERSI : Mobile | Akhbar Digital
20 April 2014 / 20 Jamadil Akhir 1435  
  Carian Arkib
FORUM

ARKIB : 23/11/2010

Bersama banteras nyamuk aedes

MASALAH demam denggi dan pembiakan nyamuk aedes adalah masalah kita semua dan ia perlu diambil perhatian segera jika kita tidak mahu saudara-mara atau kawan rapat kita sendiri jadi mangsa serangga yang sangat bahaya ini.

Pihak Kementerian Kesihatan telah beberapa kali memberikan nasihat dan juga mengadakan gotong-royong bersama penduduk taman perumahan serta perkampungan tetapi malangnya sambutan daripada rakyat itu sendiri agak mengecewakan kerana mereka lebih pentingkan diri sendiri daripada masalah masyarakat setempat.

Kebersihan di kawasan perumahan dan saluran air atau parit yang bertakung serta semak-samun di bahu jalan, penduduk membuang sampah dan dilonggokkan sesuka hati mereka telah mengundangkan pelbagai penyakit terutama penyakit demam denggi.

Agak mendukacita kerana masih ada masyarakat yang pengotor dan tidak bertanggungjawab di sana-sini.

Pihak berkuasa tempatan (PBT) yang mempunyai tenaga pekerja mencukupi dan alat penyembur racun nyamuk aedes hendaklah bertindak secara agresif sepanjang tahun bagi membanteras nyamuk aedes ini.

Mana-mana tempat didapati air bertakung, semak-samun di bahu jalan, tempat pembuangan sampah, parit dan longkang dan bangunan terbengkalai atau bangunan kosong hendaklah dipantau dan jika perlu secara tegas keluarkan sahaja kompaun.

Kita kena tegas dan bertindak dari sekarang sebelum demam denggi meragut dan bermaharajalela membunuh nyawa penduduk.

SYED ABDULLAH

SYED OSMAN JAMALULLAIL

Ampangan, Seremban

Utusan Online on Facebook
Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:49
Zohor 1:15
Asar 4:28
Maghrib 7:20
Isyak 8:31
 
 



IKLAN@UTUSAN



BANCIAN ONLINE
IKLAN@UTUSAN

MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.