VERSI : Mobile | Akhbar Digital
21 Ogos 2014 / 25 Syawal 1435  
  Carian Arkib
SABAH & SARAWAK

ARKIB : 20/11/2010

Pencemaran Sungai Miri masih serius


Masalah perumahan setinggan di sepanjang tebing Sungai Miri merupakan penyebab utama pencemaran Sungai Miri. Gambar dirakamkan di Kampung Wayarles berhampiran Tebingan Miri, Sarawak.


MIRI 19 Nov. – Tahap pencemaran Sungai Miri yang merupakan lembangan terpenting masih serius walaupun pelbagai usaha pemulihan dilaksanakan oleh pihak berkuasa tempatan (PBT).

Sungai sepanjang 45 kilometer ini mempunyai lapan batang anak sungai iaitu Sungai Miri Kecil; Sungai Adong Besar; Sungai Adong Kecil; Sungai Kabala; Sungai Taniku; Sungai Maloie; Sungai Padang Likau dan Sungai Dalam.

Salah satu anak sungai iaitu Sungai Padang Liku merupakan sumber bekalan air bagi bandar raya Miri.

Pada suatu ketika, Sungai Miri merupakan sungai yang bersih tetapi kini senarionya telah berubah di mana airnya tercemar dengan sampah-sarap dan buangan domestik; sisa-sisa buangan industri; aktiviti pengorekan pasir; air kumbahan dari loji-loji rawatan; premis makanan dan lain-lain lagi.

Malah Sungai Miri pernah dikategorikan sebagai antara tujuh batang sungai paling tercemar di Malaysia dan lapan batang sungai paling tercemar di Sarawak.

Pengarah Jabatan Alam Sekitar (JAS) Sarawak, Ismail Ithnin berkata, beliau berasa terkilan apabila menerima laporan bahawa masih terdapat kegiatan pelepasan sisa buangan cecair atau efluen secara bypass dari kilang-kilang ke sungai tersebut.

“Pada tahun lepas, JAS telah menerima beberapa aduan pelepasan efluen secara bypass yang berlaku di Sarawak termasuk Miri,” katanya semasa merasmikan Seminar Program Pencegahan Pencemaran dan Peningkatan Kualiti Air Sungai Sarawak anjuran Local Agenda 21 di sini baru-baru ini.

Jelasnya, pelepasan efluen yang tidak dirawat dan tidak mematuhi standard merupakan satu kesalahan dan boleh didakwa di bawah Seksyen 25 Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 dan jika sabit kesalahan boleh didenda RM100,000 atau penjara selama tidak melebihi lima tahun atau kedua-dua sekali.

“Bagaimanapun, masalah pencemaran yang berlaku di sungai itu masih dapat diselamatkan dengan kerjasama dan kesedaran semua pihak terutama penduduk di sepanjang tebing sungai berkenaan,” kata Ismail.

Ujarnya, kos untuk memulih sepenuhnya Sungai Miri agak tinggi kerana ia sudah mengalami masalah pencemaran yang agak serius sejak sekian lama.

“Kerajaan negeri menerusi JAS akan terus merangka strategi baru untuk memulih dan mengurangkan masalah pencemaran yang berlaku di Sungai Miri,” katanya.

Tegas Ismail, setiap tahun peruntukan kerajaan untuk memulihkan sungai berkenaan semakin meningkat dan beliau berharap masalah pencemaran di sungai itu dapat diatasi.

“Selain Sungai Miri, JAS juga akan meneruskan usaha untuk memantau sungai lain yang terdapat di negeri ini bagi memastikan tidak tercemar serius seperti sungai berkenaan,” jelas beliau.

Katanya, jabatan turut mewujudkan pasukan pemantau untuk memantau kebersihan sungai yang terdapat di seluruh negeri ini dengan harapan masalah pencemaran sungai di Sarawak dapat dikurangkan.

Sementara itu, di peringkat Persekutuan pula, Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar, Datuk Seri Douglas Uggah Embas semasa merasmikan Projek Prihatin Sungai Lutong Oktober lepas berkata, sejumlah RM5 juta diperuntukkan dalam Rancangan Malaysia Kesepuluh (RMK-10) untuk mengatasi pencemaran Sungai Miri.

“Sungai Miri terpilih untuk pelaksanaan Program 1Negeri 1Sungai. Kerjasama sepenuhnya daripada semua pihak amat diperlukan untuk memastikan kejayaan program itu,” katanya.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:53
Zohor 1:19
Asar 4:33
Maghrib 7:25
Isyak 8:35

 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
PRK Bukit Gelugor
Utusan Live di PRK Parlimen Bukit Gelugor
PRK Teluk Intan
Utusan Live di PRK Parlimen Teluk Intan
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014


IKLAN@UTUSAN

IKLAN@UTUSAN
ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.