VERSI : Mobile | Akhbar Digital
24 April 2014 / 24 Jamadil Akhir 1435  
  Carian Arkib
KOTA

ARKIB : 16/11/2010

Tuntut pampasan lewat siap


PENDUDUK mendengar penerangan mengenai penubuhan persatuan penduduk bayangan sempena majlis suai kenal antara penduduk di Bandar Saujana Putra, baru-baru ini. - UTUSAN/HAFIZH KHOSMAT


KUALA LANGAT 15 Nov. - Disember ini genap sepuluh bulan pembeli dan penyewa projek perumahan Bandar Saujana Putra Fasa 5A dan 5B menduduki kediaman sendiri selepas beberapa masalah melibatkan perumahan mereka berjaya diselesaikan.

Bagaimanapun, terdapat satu isu penting yang akan terus mereka perjuangkan sehingga selesai walaupun ia mungkin memakan masa yang lama iaitu hak untuk mendapatkan Pampasan Denda Lewat Siap Rumah (LAD) daripada pemaju.

Perkara itu diputuskan pada majlis ramah mesra dan dialog pertama kali anjuran pihak Jawatankuasa Bertindak Sementara (Protem) yang diadakan baru-baru ini.

Pada majlis itu, Protem yang sebelum ini berjaya menyelesaikan masalah-masalah yang dihadapi penduduk, berpendapat sudah tiba masanya untuk menubuhkan persatuan penduduk.

Naib Pengerusi 2 Protem, Azhar Ahmad, 36, berkata, sebagai pihak yang ditubuhkan untuk menyelesaikan masalah rumah yang tidak siap di Fasa 5A dan 5B, pihaknya berasa sudah tiba masa tanggungjawab seterusnya diserahkan kepada persatuan penduduk.

Katanya, dengan pelantikan pengerusi penaja bayangan dan barisan ahli jawatankuasanya, keyakinan terhadap persatuan untuk mengambil alih tugas Protem cukup tinggi.

"Walaupun bekalan air yang disalurkan Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas) hanya sementara, begitu juga Sijil Layak Menduduki (CF), sekurang-kurangnya masalah utama yang membelenggu penduduk selama ini berjaya diselesaikan," katanya ketika ditemui baru-baru ini.

Azhar berkata, penyerahan tugas kepada persatuan penduduk nanti juga akan membolehkan Protem menumpukan pula kepada usaha menyelesaikan masalah empat fasa lain iaitu Fasa 1B, 1C, 3A dan 3B sehingga selesai dan serahan kunci dibuat.

Bagaimanapun, kata Azhar, selepas pelantikan secara sah telah dibuat, pihak Protem masih bersedia memberi kerjasama serta dijadikan pihak rujukan oleh persatuan.

Pada majlis itu, selain sesi pelantikan pengerusi dan AJK bayangan, penerangan mengenai tanggungjawab serta cara bagaimana untuk mendaftar persatuan (ROS) turut diberikan.

Turut mengisi agenda pertemuan itu sesi penerangan mengenai masalah tuntutan Pampasan Denda Lewat Siap Rumah (LAD) kepada penduduk.

Menurut Azhar, walaupun pemaju berdolak dalih mengenai LAD, pihak Protem dengan kerjasama penduduk akan terus berjuang bagi mendapatkan hak mereka.

Katanya, terdapat tiga cara boleh dibuat iaitu saman iaitu melalui peguam, tuntutan melalui tribunal Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) serta rundingan terus dengan pemaju untuk memperoleh situasi menang-menang.

Sementara itu Setiausaha Protem, Rozida Mat Johan, 34, berkata, banyak kelebihan sekiranya taman perumahan di situ menubuhkan persatuan penduduk sendiri.

Katanya, selain lebih memudahkan penduduk menyuarakan permasalahan mahupun isu kepada mana-mana pihak berkaitan, ia juga membuktikan kesepakatan di kalangan penduduk.

Pada majlis yang berlangsung selama tiga jam itu turut menyaksikan pelantikan Mohd. Fadli Jaafar, 32 sebagai pengerusi penaja AJK bayangan serta beberapa penduduk mewakili barisan ahli jawatankuasa penaja.

Mohd. Fadli yang ditemui berkata, dalam tempoh terdekat dia akan memanggil penduduk bagi mengadakan mesyuarat agung penaja bertujuan membincang dan mendapatkan persetujuan pelantikan pengerusi dan AJK secara sah.

Dia yang merupakan pembeli kediaman bagi Fasa 5A itu mengakui turut berasa kecewa dengan apa yang berlaku kepada mereka sebelum ini.

Sementara itu bagi Salmah Basri, 42, pembeli rumah Fasa 5A turut menyambut baik penubuhan persatuan penduduk di taman perumahan itu.

Katanya, apa yang diharapkan persatuan dapat meneruskan kesinambungan apa yang diperjuangkan oleh Protem selama ini terutama dalam membantu penduduk mendapatkan hak mereka.

Utusan Online on Facebook
Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:47
Zohor 1:14
Asar 4:29
Maghrib 7:20
Isyak 8:31
 
 



IKLAN@UTUSAN



BANCIAN ONLINE
IKLAN@UTUSAN

MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.