VERSI : Mobile | Akhbar Digital
25 April 2014 / 25 Jamadil Akhir 1435  
  Carian Arkib
FORUM

ARKIB : 12/11/2010

Sijil Simpanan Premium BSN: Ganti kereta dengan wang

TAHNIAH diucapkan atas daya usaha pengurusan dan kakitangan Bank Simpanan Nasional (BSN) dalam melaksanakan kempen bagi mencapai sasaran dua bilion penyimpan menjelang akhir tahun, iaitu Disember 2010.

Dalam hubungan ini, saya ingin menyentuh mengenai hadiah yang ditawarkan kepada pemegang Sijil Simpanan Premium (SSP). Pada pendapat saya, hadiah cabutan yang ditawarkan haruslah berbaloi dengan nilai simpanan pelabur yang semakin hari menunjukkan peningkatan dengan harapan memenangi hadiah yang ditawarkan.

Saya ingin mencadangkan beberapa penambahbaikkan berhubung hadiah yang ditawarkan kepada pelabur melalui cabutan setiap bulan. Hadiah utama pemenang iaitu sebuah kenderaan mewah Mercedas Benz atau BMW wajar diubah. Kebanyakan pemenang cabutan SSP tidak berminat untuk memiliki dan menggunakan kenderaan yang terlalu mewah, lalu menjualnya.

Ejen penjual seterusnya menjualnya kepada pihak ketiga dengan harga potongan sehingga 40 peratus. Ini merugikan pemenang yang tidak dapat mengecapi keuntungan daripada nilai sebenar hadiah cabutan tersebut.

Adalah wajar hadiah utama tersebut ditukar kepada hadiah wang tunai. Sebagai contoh, wang tunai bernilai RM200,000 serta SSP bernilai RM300,000, kesemuanya bernilai RM500,000 bagi hadiah utama cabutan bertuah setiap bulan.

Saya percaya hadiah wang tunai berserta SSP dapat meningkatkan jumlah pelabur dan penyimpan di BSN.

Di samping itu, demi kepentingan pengguna, hadiah-hadiah lain haruslah ditambah dari semasa ke semasa dengan hadiah baru seperti kereta (bukan mewah), motosikal, jam tangan, set perabot dan lain-lain yang bersesuaian.

Juga hadiah untuk pemenang kesebelas yang benilai RM100 untuk 1,700 penyimpan hendaklah dinaikkan kepada RM500.

Saya berharap cadangan-cadangan saya ini diberi perhatian oleh pihak BSN demi kejayaan BSN sendiri dan mendorong orang ramai menyimpan dalam BSN.

ALI BIN AHMAD

Sandakan, Sabah.

Utusan Online on Facebook
Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:47
Zohor 1:14
Asar 4:29
Maghrib 7:20
Isyak 8:31
 
 



IKLAN@UTUSAN



BANCIAN ONLINE
IKLAN@UTUSAN

MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.