VERSI : Mobile | Akhbar Digital
20 April 2014 / 20 Jamadil Akhir 1435  
  Carian Arkib
TERKINI

ARKIB : 11/11/2010

Penerbangan MAS ke Yogyakarta masih dibatalkan

11/11/2010 5:46pm

KUALA LUMPUR 11 Nov. - Malaysia Airlines (MAS) hari ini mengumumkan penerbangannya dari Jakarta kini kembali mengikut jadual asal, tetapi jadual asal penerbangannya dari dan ke Yogyakarta terus dibatalkan.

Dalam kenyataan di sini, MAS berkata pihaknya membatalkan penerbangan Kuala Lumpur-Yogyakarta (MH857) dan Yogyakarta-Kuala Lumpur (MH856) hingga 15 November, manakala penerbangan yang dibatalkan hingga hari ini ialah Kuala Lumpur-Bandung (MH859) dan Bandung-Kuala Lumpur (MH858).

Penumpang yang menempah tiket bagi penerbangan ke Yogyakarta dari Kuala Lumpur boleh menukar tiket untuk terbang ke Surabaya dan sebaliknya, tetapi sebarang urusan daratan mereka tidak ditanggung oleh syarikat penerbangan itu, kata kenyataan tersebut.

Katanya, penumpang juga boleh mendapatkan pulangan bayaran tambang, bergantung pada terma dan syarat tiket yang telah dibeli atau menukar perjalanan dengan penerbangaan berikutnya, tidak lewat daripada 30 November.

MAS menasihati penumpang supaya menyemak status penerbangan masing-masing dengan melayari www.malaysiaairlines.com sebelum ke lapangan terbang.

Mereka juga boleh berbuat demikian dengan menghubungi Pusat Panggilan MAS melalui talian 1300-88-3000 (di Malaysia) dan 03-78433000 (di luar Malaysia) atau pejabat jualan tiket syarikat itu. - Bernama

Utusan Online on Facebook
Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:49
Zohor 1:15
Asar 4:28
Maghrib 7:20
Isyak 8:31
 
 



IKLAN@UTUSAN



BANCIAN ONLINE
IKLAN@UTUSAN

MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.