VERSI : Mobile | Akhbar Digital
1 September 2014 / 6 Zulkaedah 1435  
  Carian Arkib
KORPORAT

ARKIB : 11/11/2010

Pusat tukaran mata wang asing KFHMB di KLIA

KUALA LUMPUR 10 Nov. - Kuwait Finance House (M) Bhd. (KFH) menjadi institusi kewangan antarabangsa pertama membuka pusat tukaran mata wang asing di tingkat pelepasan Lapangan Terbang Kuala Lumpur (KLIA).

Ia merupakan pusat tukaran kedua diwujudkan di lapangan terbang kendalian Malaysia Airport Holding Bhd. (MAHB) selepas bank itu membuka kemudahan yang sama di dewan ketibaan antarabangsa di Terminal Penerbangan Tambang Murah (LCCT).

Ketua Pegawai Eksekutif KFH, Jamelah Jamaluddin gembira dengan pembukaan pusat itu kerana ia terletak di salah satu lapangan terbang utama di dunia.

"Ini membolehkan KFH mengambil kesempatan untuk terlibat dalam aktiviti pertukaran mata wang asing oleh pelancong.

"Ia dibuka 24 jam dengan 24 jenis matawang disediakan. Pusat ini bakal mengembangkan aktiviti KFH pada masa akan datang," kata beliau dalam kenyataannya di sini.

Kenyataan itu dikeluarkan sempena majlis perasmian pusat itu yang disempurnakan oleh Pengarah Urusan MAHB, Tan Sri Bashir Ahmad Abdul Majid di sini.

Sementara itu, Bashir berkata, pembukaan pusat itu akan memudahkan pelanggan yang berada di KLIA, sama ada mahu keluar negara atau tiba di lapangan terbang itu.

"Sehingga Ogos lalu, jumlah penumpang menggunakan KLIA yang direkodkan adalah sebanyak 12.26 juta di mana peningkatan sebanyak 16.73 peratus berbanding tempoh sama tahun lalu.

"Perkembangan ini (pembukaan pusat tukaran asing) memudahkan lagi orang ramai menukarkan mata wang, sedikit sebanyak ia menyumbang kepada transaksi pelbagai aktiviti perniagaan," katanya.

Pembukaan pusat itu adalah yang keempat oleh KFHMB. Dua buah pusat lagi adalah di pusat membeli-belah Pavilion dan KL City Air Terminal di KL Sentral.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zohor 1:16
Asar 4:24
Maghrib 7:21
Isyak 8:30


 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
PRK Bukit Gelugor
Utusan Live di PRK Parlimen Bukit Gelugor
PRK Teluk Intan
Utusan Live di PRK Parlimen Teluk Intan
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014


IKLAN@UTUSAN

IKLAN@UTUSAN
ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.