VERSI : Mobile | Akhbar Digital
31 Ogos 2014 / 5 Zulkaedah 1435  
  Carian Arkib
SASTERA

ARKIB : 05/11/2010

BAHASA IDENTITI NEGARA

SEKUMPULAN pakar, pencinta dan aktivis bahasa yang mewakili agensi kerajaan dan swasta, persatuan dan individu pada perbincangan Meja Bulat Memartabatkan Bahasa Melayu, April lalu, mencadangkan supaya Jawatankuasa Khas Kabinet ditubuhkan khusus untuk memperjuangkan hal berkaitan Bahasa Melayu.

Jawatankuasa itu diharap akan membolehkan sebarang perkara berhubung bahasa kebangsaan mendapat perhatian kerajaan dan diselaraskan antara kementerian dan agensi yang berkaitan, khususnya Kementerian Pelajaran, Kementerian Pengajian Tinggi dan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT).

Pada pelancaran Bulan Bahasa Kebangsaan 5 Oktober lalu, Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin turut menggesa PBT memainkan peranan dalam membantu kerajaan memperkasa penggunaan bahasa kebangsaan di tempat awam.

Mereka boleh menguatkuasakan Undang-undang Kecil Iklan dan Garis Panduan Papan Iklan bagai memastikan tiada lagi paparan iklan dan penamaan bangunan serta premis yang tidak menggunakan bahasa kebangsaan.

Dalam urusan seharian, beliau mahu semua pemimpin korporat supaya tidak meminggirkan bahasa kebangsaan.

"Penggunaan bahasa kebangsaan dalam kalangan syarikat berkaitan kerajaan, institusi perbankan, kewangan dan insurans seperti penggunaan dokumen rasmi, papan tanda dan borang yang digunakan, perlulah diberi penegasan," katanya. Selepas 53 tahun Malaysia merdeka dan sematang usianya, gesaan Timbalan Perdana Menteri itu bukan remeh tetapi penting untuk memastikan bahasa kebangsaan kekal relevan dalam dunia perniagaan dan perdagangan hari ini.

Penegasan semula penggunaan Bahasa Melayu ini dalam urusan rasmi seperti mesyuarat dan urusan kerajaan turut diungkap pada persidangan meja bulat itu dalam memorandum yang dicadang dihantar kepada Muhyiddin yang juga Menteri Pelajaran.

Kata mereka, penggunaan ayat atau istilah atau perkataan dalam bahasa lain hanya patut dibenarkan dengan izin seperti yang dipraktis di Parlimen.

Kebanyakan mereka memberi penekanan kepada usaha ini di peringkat sekolah - 'melentur buluh biarlah dari rebungnya'. Kebetulan penganjur ialah Kementerian Pelajaran dengan kerjasama Institut Terjemahan Negara Malaysia (ITNM).

Apa yang ditekankan ialah usaha memberikan nilai dan kepentingan bahasa kebangsaan. Antaranya syarat lulus Bahasa Melayu dalam pensijilan terbuka, hendaklah ditingkatkan daripada lulus (Gred E) kepada kepujian gred C.

Pelajar tingkatan enam sepatutnya diwajibkan mengambil mata pelajaran Bahasa Melayu dan syarat kelulusan Bahasa Melayu untuk kemasukan ke tingkatan enam, IPTA dan IPTS perlu ditingkatkan.

Dengan meluasnya pendedahan anak muda kepada bahasa SMS, berbual di Internet, twitter dan facebook misalnya, dibimbangi tahap pengungkapan Bahasa Melayu mereka semakin merosot.

Seorang aktivis mencadangkan supaya ujian lisan diwajibkan di sekolah-se kolah dan dijadikan syarat kelayakan menyambung pengajian di universiti.

Antara usaha menggalakkan penuturan Bahasa Melayu yang betul juga ialah dengan menganjurkan aktiviti untuk pelajar. Umpamanya jika sekolah-sekolah sering mengadakan aktiviti sehari berbahasa Inggeris, sepatutnya aktiviti yang sama boleh dibuat untuk Bahasa Melayu.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zohor 1:16
Asar 4:25
Maghrib 7:21
Isyak 8:31


 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
PRK Bukit Gelugor
Utusan Live di PRK Parlimen Bukit Gelugor
PRK Teluk Intan
Utusan Live di PRK Parlimen Teluk Intan
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014


IKLAN@UTUSAN

IKLAN@UTUSAN
ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.