VERSI : Mobile | Akhbar Digital
21 September 2014 / 26 Zulkaedah 1435  
  Carian Arkib
SAINS & TEKNOLOGI

ARKIB : 01/11/2010

Kajian klon durian pertingkat kualiti


Memilih buah durian yang terbaik memerlukan kemahiran.


Durian telah ditemui di rantau Asia Tenggara terutama di Brunei, Indonesia dan Malaysia dan mula dikenali di dunia Barat lebih 600 tahun lalu.

Pada abad ke-19, pakar alam sekitar British, Alfred Russel Wallace menggambarkan durian sebagai sejenis makanan yang kaya dengan isi dan mempunyai aroma cukup kuat.

Isi durian boleh dimakan mentah, sebagai perisa dalam masakan, digunakan sebagai manisan malah biji juga boleh digunakan dalam masakan.

Durian yang dikenali sebagai raja buah mempunyai saiz sehingga 30 sentimeter (sm) dengan berat mencapai tiga kilogram (kg).

Isinya mengeluarkan aroma menusuk walaupun sebelum dibuka. Ada yang menggemarinya, tetapi ada juga yang mendapati baunya kurang menyenangkan.

Sebab itu durian tidak dibenarkan dalam pengangkutan awam dan hotel.

Tetapi disebabkan permintaan terhadap raja buah ini cukup tinggi, maka kajian untuk menghasilkan durian yang terbaik juga tidak pernah terhenti.

Kajian mengenai durian di negara ini bermula sejak zaman penjajahan British dengan Jabatan Pertanian sebagai badan yang bertanggungjawab dalam penyelidikan.

Pegawai Pertanian Kuasa Usaha, Pusat Pembangunan Komoditi, Jabatan Pertanian Negeri Selangor, Ramli Md. Afandi, berkata semasa zaman penjajahan British kajian melibatkan pengumpulan koleksi durian.

"Malah pendaftaran durian D1 telah mula dilakukan pada tahun 1934 yang berasal dari Ulu Langat, Selangor.

"Manakala D2 atau Datuk Nina yang berasal dari Melaka juga didaftarkan pada tahun yang sama," katanya semasa ditemui di pejabatnya di Selangor.

Ini bermakna kajian berkaitan dengan durian telah dijalankan seawal 1900 oleh kerajaan British ketika itu.


Tekstur dan warna dan saiz ulas antara elemen yang diambil kira dalam menentukan kualiti durian.


Semuanya menjurus kepada pengumpulan, tanaman dan pemilihan durian yang terbaik dari segi hasil, rasa, warna dan isi yang tebal.

Ekoran itu Jabatan Pertanian mempunyai ladang komersial atau ladang contoh bagi mengumpulkan semua koleksi durian dari seluruh negara.

Kebanyakan durian dikenali dengan nama biasa serta nombor kod yang bermula dengan huruf D.

"Kini terdapat 73 klon yang ditanam di Serdang termasuk durian hutan bermula dengan D2 sehingga kepada D197.

"Bukan semua klon durian yang dikaji dapat disimpan kerana ada yang telah hilang atau luput," katanya.

Kini pelbagai usaha sedang dilakukan bagi mencari semula klon-klon kerana sebelum ini sebahagian besar yang ditanam di Ulu Paka, Terengganu banyak yang mati dan hilang.

Dalam program pengeluaran benih, Jabatan Pertanian menerusi Jawatankuasa Pengesyoran Kultivar mencadangkan durian yang terkenal dan disyorkan untuk ditanam oleh jabatan tersebut adalah D24, D99, D145, D168, D158, D159, D123 dan D144.

Bagaimanapun bukan semua orang menggemari klon durian yang sama. Misalnya di Kelantan, mereka menggemari MusangKing, Johor D168 atau 101, Pahang dengan D145 manakala Perak terkenal dengan D24.

Jabatan Pertanian mempunyai beberapa stesen yang menjalankan penyelidikan berkaitan durian seperti di Stesen Air Hitam, Johor; Sendayan di Negeri Sembilan, Bukit Goh, Pahang, Ajil di Terengganu dan Batang Merbau di Kelantan.

Bagaimanapun durian banyak ditanam di negeri Johor, Perak dan Pahang.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:48
Zohor 1:09
Asar 4:14
Maghrib 7:12
Isyak 8:20



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014


IKLAN@UTUSAN

IKLAN@UTUSAN
ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.