VERSI : Mobile | Akhbar Digital
21 April 2014 / 21 Jamadil Akhir 1435  
  Carian Arkib
TERKINI

ARKIB : 30/10/2010

Aktiviti Kelab Pengguna Sekolah lahirkan pengguna lindungi diri

30/10/2010 3:47pm

MUAR 30 Okt. - Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan akan memberi fokus kepada tiga aspek utama dalam pendekatan baru aktiviti Kelab Pengguna Sekolah untuk melahirkan generasi yang mampu melindungi hak mereka sebagai pengguna di negara ini.

Menterinya, Datuk Seri Ismail Sabri Yaacob berkata, ketiga-tiga aspek yang mudah diaplikasikan kepada pelajar dalam kehidupan seharian ialah perbelanjaan berhemah, pemakanan seimbang dan pemeliharaan alam sekitar.

Katanya, penekanan terhadap aspek tersebut dibuat kerana saluran pelajar adalah yang paling berkesan untuk membentuk generasi yang mempunyai kesedaran terhadap kepenggunaan dalam masyarakat.

"Pada masa ini, masyarakat meletakkan tanggungjawab melindungi hak pengguna kepada kerajaan semata-mata," kata beliau ketika berucap melancarkan Kelab Pengguna Sekolah peringkat kebangsaan di Sekolah Menengah Maahad Muar di Jalan Joned di sini hari ini.

Sempena majlis itu, beliau turut melancarkan logo baru kelab tersebut yang dihasilkan melalui pertandingan mencipta logo anjuran bersama kementeriannya dengan Kementerian Pelajaran baru-baru ini. - Bernama

Utusan Online on Facebook
Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:48
Zohor 1:15
Asar 4:28
Maghrib 7:20
Isyak 8:31
 
 



IKLAN@UTUSAN



BANCIAN ONLINE
IKLAN@UTUSAN

MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.