VERSI : Mobile | Akhbar Digital
17 September 2014 / 22 Zulkaedah 1435  
  Carian Arkib
DALAM NEGERI

ARKIB : 28/10/2010

Teknik, vokasional bertaraf kolej

MIRI 27 Okt. - Sekolah teknik dan vokasional di negara ini akan dinaik taraf menjadi kolej menjelang 2013 dengan menawarkan lebih banyak kursus yang diperlukan dalam sektor perindustrian.

Timbalan Pengarah (Operasi) Bahagian Sekolah Teknik dan Vokasional, Kementerian Pelajaran, Zakaria Mohd. Noor berkata, setakat ini pihaknya masih mengkaji jenis kursus yang sesuai dan tempohnya.

Beliau memberitahu, kursus Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) yang ditawarkan di sekolah teknik antaranya penerbangan, pertanian, maritim dan automobil.

"Kursus ini mungkin mengambil masa dua atau tiga tahun bergantung pada jenis kursus yang ditawarkan," katanya ketika berucap pada Majlis Anugerah Permata Cemerlang Graduan Projek Link dan SKM 2010 Sekolah Menengah (SM) Teknik Miri, di sini semalam.

Beliau turut melancarkan logo baru SM Teknik Miri yang kini dikenali sebagai Sekolah Menengah Vokasional (SMV) Miri.

Hadir sama, Pengetua SM Teknik Miri, Saffiee Driss dan Pengurus Komunikasi Korporat Sarawak Shell Berhad (SSB), Peing Tajang.

Dalam pada itu, Zakaria berkata, penamaan semula SM Teknik Miri kepada SMV Miri adalah tepat pada masanya dan beliau berharap Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) sekolah dapat meningkatkan usaha mempromosikan sekolah itu bagi menarik lebih ramai pelajar.

Terdahulu Peing dalam ucapannya berkata, sehingga kini Bahagian Pendidikan Shell melahirkan 882 pekerja kimpalan yang mahir dengan 60 peratus daripadanya bekerja dalam industri minyak dan gas.

Katanya, 30 peratus lagi bekerja dengan sektor perkapalan dan selebihnya dalam bidang profesional selain membuka perniagaan sendiri berasaskan industri kimpalan.

"Projek Link melibatkan SSB, Sabah Petroleum Limited dan Jabatan Pelajaran Sarawak bersama SM Teknik Miri sejak 19 tahun lalu.

"Berikutan kejayaan projek itu, kita bercadang meneruskan usahasama dengan SM Teknik Bintulu pula," katanya.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:49
Zohor 1:11
Asar 4:13
Maghrib 7:13
Isyak 8:22



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014


IKLAN@UTUSAN

IKLAN@UTUSAN
ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.