VERSI : Mobile | Akhbar Digital
24 April 2014 / 24 Jamadil Akhir 1435  
  Carian Arkib
FORUM

ARKIB : 27/10/2010

Keluhan terhadap Lembaga Tabung Angkatan Tentera

SAYA adalah bekas Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM). Di sini saya ingin meluahkan rasa tidak puas hati terhadap sesetengah pihak di Jabatan Arah Rekod Pencen (JRP). Apabila saya cuba menghubungi mereka dan bertanya mengenai status proses dokumentasi pemberhentian yang melibatkan pengeluaran wang dari Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT), jawapan yang diberikan amat menghampakan.

Saya dimaklumkan oleh pihak LTAT mereka masih lagi menunggu dokumen dari Jabatan Arah Rekod dan Pencen. Saya telah banyak kali menghubungi jabatan tersebut dan apa yang saya dapat hanyalah satu jawapan yang benar-benar mengecewakan.

Yang menjadi persoalannya mengapakah saya dilayan begitu sekali sedangkan saya berhak bertanya dan menuntut hak saya. Apabila saya menghubungi jabatan tersebut, mereka boleh memberi jawapan bahawa saya diberhentikan dari perkhidmatan. Mereka terpaksa menunggu proses anggota lain yang berhenti secara biasa ataupun berpencen daripada perkhidmatan.

Kalau mereka yang berpencen diberi keistimewaan begitu bagaimana nasib saya? Hina sangatkah saya sampai proses pemberhentian saya diketepikan sehingga menunggu anggota berpencen selesai?

Sampai bila saya harus menunggu kerana saya pun ada keluarga yang di bawah tanggungjawab saya. Kalau lima bulan saya masih boleh faham tetapi sekarang sudah hampir setahun masih juga jawapan yang sama.

Saya merasa tertekan kerana buat masa sekarang isteri saya yang terpaksa menggalas tanggung jawab kerana saya tiada punca pendapatan lagi. Saya sangat berharap supaya dipercepatkan proses tersebut kerana dengan adanya wang itu, saya boleh membuat perniagaan kecil-kecilan.

Saya juga berharap pihak JRP janganlah menghukum orang yang telah dihukum. Mohon bersikap adil kerana kita manusia tiada yang sempurna dan tidak dapat lari daripada membuat kesilapan.

BEKAS TENTERA

Sarawak

Utusan Online on Facebook
Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:47
Zohor 1:14
Asar 4:29
Maghrib 7:20
Isyak 8:31
 
 



IKLAN@UTUSAN



IKLAN@UTUSAN

MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.