ARKIB : 26/10/2010
Gempa bumi kuat di Padang, Sumatera Barat
JAKARTA 25 Okt — Kota Padang di Sumatera Barat sekali lagi dilanda gempa bumi, kali ini dengan kekuatan 7.2 pada skala Richter menyebabkan penduduk panik dan bertempiaran keluar daripada rumah mereka untuk menyelamatkan diri.
Badan Meteorologi Klimatologi dan Geofisikal (BMKG) Indonesia berkata gempa yang berpusat di 78 km Barat Daya Pagai Selatan Mentawai, Sumatera Barat itu, telah mengeluarkan amaran ancaman tsunami, tetapi menarik balik amaran itu pada pukul 10.50 malam ini.
Yang Dipertua Persatuan Kebangsaan Pelajar Malaysia Indonesia (PKPMI) Padang Mohd Ekhwan Darus yang dihubungi malam ini memberitahu Bernama kesemua 120 pelajar Malaysia yang berada di Padang selamat.
Gegaran yang berlaku selama kira-kira satu minit itu telah menyebabkan orang ramai keluar menyelamatkan diri dari rumah masing-masing, katanya.
Sehingga berita ini ditulis pada pukul 11 malam ini, para pelajar Malaysia telah pulang ke rumah masing-masing. — BERNAMA
Isu YDP MAINPP: UMNO Pulau Pinang kesal
Bekas Speaker DUN Perlis meninggal dunia
ASEAN digesa tingkat usaha hapus keganasan
Naza lancar ruang pameran Ducati terbesar di Asia
Tambang haji kekal RM9,980, quota 28,000
Pemuda UMNO bantu lunas cukai rumah P. Ramlee
Najib umum 42 peluang perniagaan inovatif
Kes Anwar saman Chandra dibicarakan 10 Sept.
Penyenaraian Felda Global Ventures diluluskan
Polis tumpaskan sindiket penipuan Macau Scam
Rakyat Malaysia seludup ubat batuk dihukum penjara
PTPTN: Jangan jadi kuda tunggangan pembangkang
Liga Juara-juara: Chelsea tundukkan Barcelona 1-0
Suu Kyi rancang kunjung Britain, Norway pada Jun
Buru gajah di Afrika: Raja Sepanyol mohon maaf
Kes amukan di Oslo: Suspek tak takut dihukum
Misi NATO di Afghanistan kekal hingga 2014
Penularan H5N1: China musnah 95,000 ekor ayam
Waktu Solat Kuala Lumpur |
||||
|
||||









