VERSI : Mobile | Akhbar Digital
1 Ogos 2014 / 5 Syawal 1435  
  Carian Arkib
SUKAN KOMANWEL

ARKIB : 15/10/2010

Syabas Malaysia!


Elaine Koon menang pingat emas dalam acara gelung individu gimrama di Stadium Indira Gandhi, New Delhi, semalam.


NEW DELHI - Bukan 10 tetapi 12 pingat emas. Itu jumlah emas yang dimenangi kontinjen negara di Sukan Komanwel XIX yang melabuhkan tirainya, semalam meninggalkan cerita suka dan duka.

Pungutan 12 emas melepasi sasaran 10 emas, sekali gus mencipta sejarah pencapaian terbaik Malaysia dalam Sukan Komanwel sejak 1950.

Hari terakhir temasya semalam, menjadi 'hari menuai pingat emas' - tiga daripada acara badminton manakala satu lagi menerusi gimnas negara, Elaine Koon dalam acara gimrama.

Pencapaian terbaik Malaysia pada Sukan Komanwel sebelum ini ialah 10 emas, 14 perak dan 12 gangsa pada Temasya Kuala Lumpur 1998.

Mengulas kejayaan Malaysia, Chef de Mission Malaysia, Tan Sri Abdul Halil Abd. Mutaliff berkata, hajat Malaysia memenangi 10 emas bukan sahaja termakbul, malah dua lebihan emas dibawa pulang.

Menurutnya, ini menjadikan saingan di Delhi sebagai pungutan emas tertinggi dalam sejarah Sukan Komanwel yang disertai Malaysia.

''New Delhi mencatat sejarah baru buat Malaysia apabila kita memenangi pingat emas paling banyak iaitu 14 emas.

''Kejayaan ini berjaya dicapai kerana semua pihak, khususnya atlet berjuang bersungguh-sungguh tanpa mengenal makna kekalahan.

''Saya mengucapkan syabas kepada atlet negara yang menjadikan Sukan Komanwel New Delhi ini paling cemerlang buat Malaysia.

''Saya sebagai ketua kontinjen, sangat berpuas hati dengan apa yang dicapai di sini," katanya.

Sejak menyertai Sukan Komanwel, yang sebelum ini dikenali Sukan Empayar British pada 1950, pencapaian terbaik Malaysia ialah pada 1998 di Kuala Lumpur.

Pada Sukan Komanwel 2006 di Melbourne, Malaysia memenangi 7 emas, 12 perak dan 10 gangsa atau 29 pingat keseluruhan.

''New Delhi memberikan Malaysia 36 pingat keseluruhan, lebih bermakna 14 pingat emas, tahniah dan syabas kepada atlet negara," katanya.

Mengulas emas ke-10 yang dimenangi Elaine, Abdul Halil berkata, gimrama bukan sahaja tanpa diduga memenangi pingat emas, tetapi memberikan pingat emas ke-10.

''Selepas kita dimaklumkan bahawa pingat emas ke-10 sudahpun dimenangi oleh Elaine, pemain badminton negara yang masih meneruskan cabaran, tidak rasa tertekan.

''Mereka beraksi tenang setelah mendapat perkhabaran tersebut dan akhirnya badminton memberikan dua pingat tambahan menerusi Datuk Lee Chong Wei dan beregu lelaki, Koo Kien Keat- Tan Boon Heong," katanya.

Sukan Komanwel akan kembali membuka tirai di Glasgow, Scotland yang akan menjadi tuan rumah pada 2014. - Utusan

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zohor 1:22
Asar 4:43
Maghrib 7:30
Isyak 8:42

 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
PRK Bukit Gelugor
Utusan Live di PRK Parlimen Bukit Gelugor
PRK Teluk Intan
Utusan Live di PRK Parlimen Teluk Intan
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014


IKLAN@UTUSAN

IKLAN@UTUSAN

MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.