VERSI : Mobile | Akhbar Digital
18 April 2014 / 18 Jamadil Akhir 1435  
  Carian Arkib
SUKAN TEMPATAN

ARKIB : 15/10/2010

Cabaran Sukan Asia jauh berbeza


PELUMBA basikal yang diperkuatkan oleh Azizulhasni Awang (kanan) dan Josiah Ng antara sukan yang dijangka mampu meneruskan kecemerlangan Sukan Komanwel XIX apabila beraksi pada Sukan Asia, Guangzhou bulan depan.


KUALA LUMPUR - Kejayaan Malaysia melakar pencapaian terbaik dalam sejarah Sukan Komanwel dengan memenangi 12 pingat emas turut dibantu oleh sukan di luar sasaran dan tidak lagi bergantung kepada acara tradisi semata-mata, kata bekas Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara (MSN), Datuk Wira Mazlan Ahmad (gambar).

Malah kata Mazlan, kejayaan di New Delhi, yang mengatasi pencapaian terbaik kita sebelum ini; 10 emas yang dicatat pada Sukan Komanwel 1998 di Kuala Lumpur membuktikan atlet Malaysia mampu bersaing dalam acara Olimpik seperti terjun dan berbasikal yang selama ini tidak diberi harapan.

"Dengan memenangi emas dalam sukan luar sasaran seperti menembak, terjun, berbasikal dan gimnastik ia menjelaskan bahawa kita tidak lagi menyandar harapan kepada sukan tradisi badminton dan angkat berat semata-mata seperti dalam beberapa temasya lalu.

"Inilah satu pencapaian hebat kerana kebanyakan pemenang emas kita mencapai kemuncak prestasi mereka," kata Mazlan ketika dihubungi Utusan Malaysia semalam.

Bagaimanapun Mazlan mengingatkan bahawa terdapat beberapa sukan yang perlu diperbaiki dan wajar diletak tanda aras berbeza apabila bertanding pada Sukan Asia XVI di Guangzhou, 12-27 November ini seperti badminton dan angkat berat.

"Bagi sesetengah acara, kita mudah mendapat emas pada Sukan Komanwel tetapi berdepan masalah untuk melakukan perkara yang sama pada Sukan Asia kerana cabaran yang dihadapi berbeza. Apatah lagi, tuan rumah, China memiliki jaguh dunia dalam sukan badminton serta angkat berat.

"Untuk sukan tertentu, perlu ada ukuran asas atau tanda aras berbeza apabila atlet beraksi di Guangzhou nanti. Pencapaian Sukan Komanwel tidak boleh sama sekali dibandingkan dengan apa yang mampu dicapai pada Sukan Asia,'' ujar Mazlan.

Sementara itu, Mazlan turut menyuarakan rasa kecewa dan hairan dengan prestasi atlet memanah yang jauh daripada apa yang disandarkan, terutama dalam saingan recurve lelaki, di mana Malaysia meraih perak berpasukan tetapi gagal mengutip sebarang pingat individu.

"Ia memang menyedihkan dan menghairankan saya, entah di mana silapnya hingga cuma beroleh sebutir perak," katanya.

Mengenai kegagalan teruk dua acara berpasukan khususnya hoki lelaki yang merupakan salah satu daripada sukan teras negara, kata Mazlan: "Ia menjadikan tugas skuad bimbingan Stephen van Huizen itu untuk memenangi emas Sukan Asia dan layak ke Sukan Olimpik 2012 semakin berat, apapun saya tetap memandang positif bahawa peluang kita lebih realistik di Guangzhou berbanding Delhi," katanya lagi. Selain 12 emas, Malaysia turut meraih 10 perak dan 14 gangsa.

Badminton menjadi penyumbang emas terbesar dengan empat, diikuti angkat berat dan menembak dengan dua, manakala basikal, terjun, skuasy dan gimnastik satu emas.

Utusan Online on Facebook
Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh
Zohor
Asar
Maghrib
Isyak
 
 



IKLAN@UTUSAN



BANCIAN ONLINE
IKLAN@UTUSAN

MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.