VERSI : Mobile | Akhbar Digital
27 Ogos 2014 / 1 Zulkaedah 1435  
  Carian Arkib
PAHANG

ARKIB : 14/10/2010

Pelancaran kempen Bulan Bahasa peringkat negeri meriah


Salah satu persembahan sempena pelancaran Bulan Bahasa Kebangsaan 2010 peringkat negeri di Auditorium RTM di Kuantan, kelmarin.


KUANTAN 13 Okt. - Kepentingan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan terus dimartabatkan menerusi kempen Bulan Bahasa peringkat negeri yang dilancarkan semalam.

Pelancaran Bulan Bahasa peringkat negeri itu disempurnakan Menteri Besar, Datuk Seri Adnan Yaakob di Auditorium Darul Makmur, Kompleks Penyiaran Sultan Haji Ahmad Shah, di sini.

Pelbagai acara diadakan sempena pelancaran bulan bahasa bertema 'Satu bangsa, satu bahasa, satu negara,' itu termasuk syair, bercerita, nyanyian dan teater.

Pada majlis itu, juara pertandingan Syair Peringkat Sekolah Pahang 2010, Anis Syazwani Abd. Mubin, 16, mempersembahkan syair bertajuk Jong Pecah karya penulis terkenal, Adibah Amin.

Pelajar Sekolah Kebangsaan (SK) Balok, Adam Norhakim Azrai, 9, yang merupakan johan pertandingan bercerita Tahap Satu peringkat negeri 2010 turut menghiburkan penonton apabila menyampaikan cerita rakyat berjudul Bawang Putih Bawang Merah.

Selain itu, juara pertandingan lagu dan lirik berunsurkan negeri Pahang, Wahiduddin Abdul Manaf turut menyampaikan lagu bertajuk Bumi Tercinta.

Persembahan teater muzikal, Tok Bahaman ternyata memukau penonton yang dipersembahkan Jabatan Pelajaran, Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri, Majlis Perbandaran Kuantan dan Universiti Malaysia Pahang.

Terdahulu dalam ucapannya, Adnan berkata, setiap rakyat di negeri ini perlu berbangga dengan bahasa kebangsaan iaitu bahasa Melayu.

Bagaimanapun, tegasnya, penekanan terhadap penggunaan bahasa kebangsaan tidak bermakna rakyat tidak boleh mempelajari bahasa lain.

Ini kerana, kata beliau, bahasa lain juga penting kerana Malaysia merupakan negara berbilang kaum.

"Apa juga bentuk perkembangan dan perubahan, kita perlu kasih, faham dan tahu mengenai bahasa Melayu.

"Bahasa Melayu dapat menyatukan kaum dan mengukuhkan perpaduan apabila semua rakyat boleh berkomunikasi dalam bahasa rasmi negara," katanya.

Teks ucapan beliau dibacakan Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kesenian, Warisan, Pembangunan Keluarga dan Hal Ehwal Wanita negeri, Datuk Shafik Fauzan Shariff.

Hadir sama, Timbalan Setiausaha Kerajaan (Pengurusan) Negeri Pahang, Datuk Mohamad Ridzwan Mohd. Tahar; Pengarah Pelajaran Negeri, Datuk Abdul Aziz Abdul Latiff; Pengarah Jabatan Pembinaan Bahasa dan Sastera Dewan Bahasa dan Pustaka, Rusli Abdul Ghani dan Pengarah Kebudayaan dan Kesenian negeri, Mohd. Soekarno Abd. Wahab.

Sementara itu, Mohamad Ridzwan yang juga Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Penyelenggara Bulan Bahasa peringkat negeri berkata, pelbagai program disusun bagi memartabatkan bahasa Melayu di Pahang sepanjang bulan ini.

"Antaranya, pertandingan mencipta lagu berkonsepkan negeri Pahang, pertandingan syair dan pertandingan bercerita bahasa Melayu yang disertai pelbagai kaum," katanya.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zohor 1:18
Asar 4:29
Maghrib 7:23
Isyak 8:33


 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
PRK Bukit Gelugor
Utusan Live di PRK Parlimen Bukit Gelugor
PRK Teluk Intan
Utusan Live di PRK Parlimen Teluk Intan
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014


IKLAN@UTUSAN

IKLAN@UTUSAN
ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.