VERSI : Mobile | Akhbar Digital
19 April 2014 / 19 Jamadil Akhir 1435  
  Carian Arkib
DALAM NEGERI

ARKIB : 09/10/2010

Kelemahan R&D: Produk tempatan tiada sambutan

KUALA LUMPUR 8 Okt. – Kelemahan dalam penyelidikan dan pembangunan (R&D) terhadap produk buatan Malaysia menyebabkan rakyat tempatan tidak berminat untuk membeli barangan buatan negara ini.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, kebanyakan usahawan di negara ini masih tidak mempunyai kesedaran mengenai proses R&D tersebut dan tidak bersedia untuk membelanjakan wang bagi melalui proses itu.

Selain itu, katanya, usahawan tempatan juga harus memahami kehendak dan selera masyarakat pada masa kini sebelum memperkenalkan sesuatu produk.

“Dari dulu lagi rakyat negara ini sangat mengagung-agungkan produk tiruan jika dibandingkan produk buatan Malaysia. Kadangkala harga produk tiruan adalah lebih mahal jika dibandingkan dengan barangan buatan Malaysia.

“Tetapi rakyat sanggup membelanjakan wang yang lebih terhadap barangan tiruan itu kerana jenama tersebut. Ramai masih berpendapat bahawa barangan buatan Malaysia tidak standard dan malu untuk menggunakannya,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas melancarkan produk CSL Spice Mi700 Driod Pad di sini hari ini.

Turut hadir, Pengarah Urusan Spice CSL International Sdn. Bhd., Datuk Dr. Eric Chuah Seong Ling dan Pengarah Eksekutif CSL Manufacturing (M) Sdn. Bhd., Dr. Ir. Megat Radzaman Megat Khairuddin.

Tambah Ismail Sabri, rakyat Malaysia harus mempunyai sikap seperti warga Korea yang hanya membeli barangan buatan negara tersebut dan tidak akan memberi ruang kepada pasaran dari luar negara.

Utusan Online on Facebook
Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:49
Zohor 1:15
Asar 4:28
Maghrib 7:21
Isyak 8:31
 
 



IKLAN@UTUSAN



BANCIAN ONLINE
IKLAN@UTUSAN

MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.