VERSI : Mobile | Akhbar Digital
24 April 2014 / 24 Jamadil Akhir 1435  
  Carian Arkib
TIMUR

ARKIB : 08/10/2010

Jabatan Veterinar lelong 20 ekor lembu seludup


Pegawai Veterinar melelong 20 ekor lembu di pekarangan Ibu Pejabat Perkhidmatan Veterinar Kelantan di Kota Bharu, kelmarin. - Utusan/Rosni Masri


KOTA BHARU 7 Okt. - Jabatan Perkhidmatan Veterinar Kelantan melelong 20 ekor lembu seludup dianggarkan bernilai RM20,000 yang dirampas dan dilucutkan hak di bawah Seksyen 74(2) Akta Binatang 1953 (Semakan 2006).

Pengarahnya, Datuk Dr. Mohd. Zairi Serlan berkata, kesemua lembu tersebut dirampas Pasukan Gerakan Am (PGA) dan Pasukan Gerakan Marin (PGM) dalam tempoh sebulan.

Katanya, ternakan tersebut dirampas tanpa tuan di bawah Seksyen 6(1) Akta Binatang 1953 (Semakan 2006) iaitu membawa masuk binatang ternakan tanpa kebenaran Pengarah Perkhidmatan Veterinar Kelantan.

"Ini merupakan kali ketujuh kita mengadakan lelongan pada tahun ini di mana lelongan pertama diadakan pada 23 Mac lalu melibatkan 69 ekor lembu.

"Jumlah keseluruhan bagi enam lelongan sebelum ini melibatkan 182 ekor lembu, tiga ekor kerbau dan dua ekor kambing dengan hasil keseluruhan lelongan berjumlah RM154,574," katanya.

Beliau berkata demikian pada majlis lelongan ternakan rampasan di pekarangan Ibu Pejabat Perkhidmatan Veterinar Kelantan di Kubang Kerian dekat sini, semalam.

Mohd. Zairi berkata, seramai lapan pembida menghadiri lelongan tersebut yang bermula pukul 8.30 pagi hingga 11.30 pagi dan mereka tidak dikenakan had untuk membida jumlah lembu sebaliknya bergantung kepada kemampuan masing-masing.

Katanya, jumlah lelongan haiwan ternakan untuk tempoh sembilan bulan tahun ini menurun dengan hanya 406 ekor lembu dilelong berbanding 1,145 ekor lembu pada tahun lepas.

"Begitu juga dengan kerbau, hanya tujuh ekor dilelong berbanding 63 ekor pada tahun lalu selain dua ekor kambing, dua ekor kuda dan 85 ekor anjing turut dilelong dalam tempoh sembilan bulan tahun ini.

"Tahun lepas juga kita melelong 76 ekor unggas yang dirampas, namun setakat ini masih belum ada rampasan unggas dilakukan," katanya.

Dalam perkembangan lain, Mohd. Zairi berkata, tindakan peraih yang tidak mengikut peraturan ditetapkan dengan menyeludup masuk haiwan berkenaan dari negara jiran tanpa memikirkan risikonya amat mendukacitakan.

Beliau berkata, tindakan menyeludup ternakan negara jiran yang tidak bebas penyakit hanya mengancam industri ternakan negara.

Utusan Online on Facebook
Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:47
Zohor 1:14
Asar 4:29
Maghrib 7:20
Isyak 8:31
 
 



IKLAN@UTUSAN



BANCIAN ONLINE
IKLAN@UTUSAN

MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.