VERSI : Mobile | Akhbar Digital
2 Ogos 2014 / 6 Syawal 1435  
  Carian Arkib
BICARA AGAMA

ARKIB : 01/10/2010

Langkah memperkasa diri


Ketua Pengarah Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM), Datuk Nik Mustafa Nik Hassan (dua dari kiri) bersama Pahrol Mohd Juoi (kanan) pada majlis pelancaran buku Mukmin Profesional: Celik Mata Hati, Ogos lalu.


KATA hukama: "Untuk membaiki dunia, baiki manusianya. Dan untuk membaiki manusia, maka baiki hatinya." Sungguh indah dan dalam maksud tersurat dan tersirat yang perlu setiap daripada kita mendalami serta menghayatinya.

Ini bertepatan dengan kebanyakan masalah yang dihadapi manusia berpunca daripada hati! Daripada Nu'man bin Basyir bahawa Rasulullah SAW bersabda: Ketahuilah dalam tubuh anak Adam, ada seketul daging. Jika baik daging itu, baiklah seluruh anggota badan. Jika jahat, jahatlah seluruh anggota badan. Ketahuilah, daging itu ialah hati. (riwayat al-Bukhari)

Kebelakangan ini, imej Islam telah dicalari dengan pelbagai tohmahan negatif kesan daripada kemunduran dan kelemahan umat Islam dari sudut kerohanian dan material.

Realiti kini, seolah-olah sedang berlaku semacam pertembungan antara kepentingan ilmu wahyu dengan ilmu aqli, fardu ain dengan fardu kifayah, hamba dengan khalifah. Ini menyebabkan perjalanan ummah menuju kecemerlangan menjadi pincang.

Lantaran itu, imej umat Islam yang telah buruk dan negatif ini perlu satu proses penjenamaan semula secara menyeluruh iaitu daripada segi imej dalaman dan luaran, agar dilihat lebih produktif, cintakan kedamaian dan unggul dalam semua aspek kehidupan.

Kelahiran karya Mukmin Profesional: Celik Mata Hati adalah buku ke-13 penulis, kolumnis majalah, ketua editor, pencipta lirik, penulis skrip, pengacara televisyen dan pakar motivasi yang tidak asing iaitu Pahrol Mohamad Juoi.

Buku yang diterbitkan secara bersama dengan Telaga Biru Sdn. Bhd. adalah berdasarkan pengalaman penulis bersama-sama sahabat-sahabatnya di Fitrah Perkasa Sdn. Bhd.

Kata penulisnya, usaha penjenamaan semula ini perlu didahului oleh proses pembinaan semula dari segi pembangunan sumber manusia (modal insan). Ini kerana manusia Muslimlah faktor pemula yang akan mencorakkan imej Islam itu sendiri.

"Jika Islam digelapkan oleh umat Islam sendiri, maka untuk menyerlahkan kembali cahaya Islam itu, umat Islamlah yang perlu diproses dan dibangunkan terlebih dahulu.

"Al-Quran telah merakamkan peristiwa kekaguman dua anak perempuan Nabi Syuaib iaitu Syafura dan Liya terhadap Nabi Musa dalam satu peristiwa di padang pasir Madyan. Mereka berdua terpegun dengan Musa, pemuda gagah dan berakhlak yang telah menolong mereka memberi minum kambing-kambing peliharaan mereka.

"Kata-kata anak Nabi Syuaib dalam kisah yang penuh ibrah ini diabadikan oleh Allah menerusi surah al-Qasas ayat 26. Inilah produk akhir yang kita idamkan ada pada setiap peribadi umat Islam. Iaitu manusia yang baik kelakuannya, sekali gus baik pula pekerjaannya," kata Pahrol pada majlis pelancaran bukunya di Hotel Singgahsana, Petaling Jaya, Selangor pada Ogos lalu.

Ujarnya lagi, dengan sifat mukmin, seseorang itu akan memiliki nilai-nilai baik (sifat mahmudah) seperti integriti, jujur, amanah dan lain-lain. Manakala dengan sifat profesional, seseorang itu akan mempunyai kepakaran dan keterampilan dalam melaksanakan peranan dan tanggungjawab dengan cekap dan berkesan dalam bidang pengurusan, pentadbiran, pendidikan, ekonomi dan lain-lain.

Mukmin profesional adalah mereka yang berkemampuan mensejajarkan dan menyepadukan perlaksanaan fardu ain dan fardu kifayah, tanggungjawab hamba dengan khalifah, kesinambungan ilmu naqli dan aqli, kesucian zikir (kebersihan hati) dan kekuatan fikir (kecanggihan teknologi) dalam kehidupan.

"Di bahu golongan seperti inilah terpikulnya satu misi untuk merealisasikan keunggulan Islam secara holistik, merangkumi aspek spiritual dan material bertunjangkan akidah, syariah dan akhlak.

"Modal insan yang perlu kita hasilkan ialah mereka yang mempunyai pegangan yang mantap dari sudut keimanan (fardu ain), sekali gus mempunyai kemahiran dan ilmu dalam bidang-bidang profesional. Secara tidak langsung, mereka mampu memperbaiki keadaan umat yang dilanda pelbagai gejala sosial, jenayah dan keruntuhan akhlak serta mengembalikan semula kegemilangan Islam," katanya buku Mukmin Profesional mengajak pembaca kembali ke pangkal iaitu bermula dengan diri sendiri.

Buku ini secara langsung juga membincangkan tiga kecerdasan manusia - kecerdasan rohani, akal dan emosi. Ketiga-tiga perkara ini akan disentuh secara mudah dan terus kepada maksud.

Malah yang menjadi dasar pijak atau tapak lonjak dalam penulisan buku ini adalah tauhid - soal pertama dan utama dalam apa jua yang kita fikirkan, pertimbangkan dan mengambil tindakan.

Ia juga menyerlahkan kembali nilai-nilai teras yang diperjuangkan oleh pejuang Islam silam menerusi pendekatan kontemporari. Ia diperkuatkan dengan gaya penyampaian yang saintifik dan artistik serta berhikmah.

Ia juga memberi satu kerangka besar dan jelas mengenai kehidupan yang merangkumi arah, tujuan, jalan , bekalan, pendorong, penghalang dan pengakhiran hidup.

Setiap bab dihurai secara mudah dan praktikal berdasarkan kejadian, kes dan peristiwa yang berlau di lapangan keluarga, organisasi dan masyrakat.

Gaya penulisan yang santai, berupaya menghiburkan ditambah dengan cerita, sajak, ilustrasi, metafora, analogi yang kreatif dan dinamik. Persoalannya besar dan serius tetap pendekatannya mudah dan menghiburkan.

Ia sesuai untuk semua peringkat masyarakat - anggota keluarga, ahli agama, para pendidik, pelajar, kakitangan kerajaan dan swasta, golongan profesional dan pemimpin. Buku ini juga boleh menjadi bahan rujukan untuk majlis kuliah, tazkirah, mesyuarat dan modul pembinaan keluarga dan organisasi. Ia mudah di hadamkan dan mudah diaplikasikan dan disampaikan.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zohor 1:22
Asar 4:43
Maghrib 7:30
Isyak 8:42

 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
PRK Bukit Gelugor
Utusan Live di PRK Parlimen Bukit Gelugor
PRK Teluk Intan
Utusan Live di PRK Parlimen Teluk Intan
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014


IKLAN@UTUSAN

IKLAN@UTUSAN

MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.