VERSI : Mobile | Akhbar Digital
31 Ogos 2014 / 5 Zulkaedah 1435  
  Carian Arkib
UTARA

ARKIB : 30/09/2010

Hotel D'keriangan Padang Serai mula beroperasi


Shamsul Anuar Nasarah (kiri) bersama Ku Rashidi Ku Mat Esa (kanan) merasmikan Hotel D'keriangan, Padang Serai, baru-baru ini.


PADANG SERAI 29 Sept. - Hotel D'keriangan, hotel pertama di pekan Padang Serai dan dimiliki sepenuhnya bumiputera, NR Recreation Solution Sdn. Bhd. di sini kini dibuka untuk operasi.

Berkonsepkan riadah dan bajet, Hotel D'Keriangan dengan 12 buah bilik menawarkan perkhidmatan dan kualiti untuk kepuasan pelanggan pada harga berpatutan, antara RM60 hingga RM129 sebilik bagi tempoh semalam.

Pemiliknya, Ku Rashidi Ku Mat Esa berkata, hotel yang terletak di Taman Damai Fasa 2 itu memberi prospek perniagaan yang baik kepada syarikat kerana kedudukannya di tengah-tengah pekan dan berdekatan dengan pusat komersial.

"Kita membelanjakan hampir RM600,000 untuk mewujudkan hotel bajet ini. Ia adalah hotel pertama di pekan Padang Serai yang sedang berkembang pesat.

"Peluang perniagaan di sini amat cerah memandangkan beberapa projek pembangunan rancak dijalankan. Malah, dengan adanya hotel ini, orang ramai tidak perlu lagi bersusah-payah bermalam di Sungai Petani ataupun Kulim," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita pada majlis perasmian hotel tersebut yang disempurnakan Presiden Alumni Majlis Belia Malaysia (MBM), Datuk Shamsul Anuar Nasarah, di sini, baru-baru ini.

Ku Rashidi yang juga Pengerusi Jawatankuasa Khas Sukan dan Rekreasi, Majlis Belia Malaysia (MBM) berkata, kewujudan hotel berkenaan turut memberikan peluang pekerjaan kepada para belia sekitar kawasan Padang Serai.

"Di samping itu, ia juga boleh melatih dan melahirkan usahawan belia untuk menceburi bidang perhotelan pada masa akan datang," katanya.

Sementara itu, Shamsul Anuar berkata, pihaknya melahirkan rasa bangga atas penglibatan pemimpin belia seperti Ku Rashidi yang menunjukkan komitmen dalam bidang perniagaan perhotelan.

"Penglibatan beliau dalam bidang yang jarang diceburi golongan bumiputera ini diharap dapat menyuntik semangat golongan belia untuk berjaya pada masa akan datang.

"Kita juga berharap persatuan-persatuan belia dapat merebut peluang menceburi perniagaan lebih-lebih lagi menerusi pelan pembangunan Koridor Utara di kawasan ini," katanya.

Orang ramai yang berminat untuk mendapatkan maklumat lanjut atau tempahan hotel boleh menghubungi Ku Rashidi di talian 013-4855980.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zohor 1:16
Asar 4:25
Maghrib 7:21
Isyak 8:31


 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
PRK Bukit Gelugor
Utusan Live di PRK Parlimen Bukit Gelugor
PRK Teluk Intan
Utusan Live di PRK Parlimen Teluk Intan
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014


IKLAN@UTUSAN

IKLAN@UTUSAN
ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.