VERSI : Mobile | Akhbar Digital
31 Ogos 2014 / 5 Zulkaedah 1435  
  Carian Arkib
UTARA

ARKIB : 27/09/2010

Pembalakan haram di Belum-Temenggor

IPOH 26 Sept. – Kerajaan negeri akan mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana pihak yang didapati melakukan pemburuan serta pembalakan haram di Hutan Belum-Temenggor.

Menteri Besar, Datuk Seri Dr. Zambry Abdul Kadir berkata, beliau telah mengarahkan Perbadanan Taman Negeri untuk mengesan individu yang melakukan perbuatan tidak bertanggungjawab itu untuk dihadapkan ke muka pengadilan.

“Kerajaan negeri sedar terhadap perkara itu. Kita tidak akan bertolak ansur dengan mereka yang tidak bertanggungjawab ini.

“Saya telah mengarahkan pihak keselamatan supaya mencari individu yang dirakam dalam gambar melakukan kegiatan pemburuan haram supaya dihadapkan ke muka pengadilan,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas melancarkan Pusat Khidmat Masyarakat Bergerak BN Perak dan Majlis Hari Raya BN Perak di Bangunan UMNO di sini, kelmarin.

Menurut Zambry, beliau juga telah berbincang dengan Persatuan Pencinta Alam Malaysia (MNS) dan Tabung Hidupan Liar (WWF) Malaysia supaya dapat bersama-sama membantu kerajaan negeri untuk mengenal pasti pemburu dan pembalak haram terbabit.

Mengulas mengenai cadangan MNS dan WWF untuk mewartakan hutan simpan tersebut pula, ujar beliau, kerajaan negeri bersikap terbuka terhadap perkara tersebut.

Ujarnya, kerajaan negeri bersedia berkerjasama dengan mana-mana pihak untuk membantu memulihara Hutan Belum-Temenggor.

“Kita mengalu-alukan sebarang cadangan termasuk dari MNS dan WWF mengenai isu pembalakan haram mahupun pemburuan haram di Hutan Belum-Temenggor.

“Malah perkara ini telah pun dimaklumkan kepada MNS dan WWF dalam pertemuan dengan saya semalam. Saya telah menyatakan pendirian kerajaan negeri terhadap perkara tersebut,” katanya.

Menurut Zambry, meskipun laporan mengenai Hutan Belum-Temenggor selama ini tidak menggambarkan fakta sebenar terutama mengenai kegiatan pembalakan haram, namun beliau menghargai keprihatinan MNS mengenai isu tersebut.

“Usaha kita bersama dengan MNS sebenarnya perlu difahami. Ia untuk memulihara khazanah hutan di Perak agar tidak dimusnahkan tetapi pada masa yang sama industri pembalakan umpamanya yang ada kaitan dengan industri kayu-kayan tidak boleh dihentikan terus.

“Ia merupakan salah satu industri yang utama di negeri Perak. Kita kena menyeimbangkan kedua-duanya dan Perak merupakan salah sebuah negeri yang mengamalkan pengurusan pembalakan terancang,” katanya.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zohor 1:16
Asar 4:25
Maghrib 7:21
Isyak 8:31


 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
PRK Bukit Gelugor
Utusan Live di PRK Parlimen Bukit Gelugor
PRK Teluk Intan
Utusan Live di PRK Parlimen Teluk Intan
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014


IKLAN@UTUSAN

IKLAN@UTUSAN
ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.