ARKIB : 26/09/2010
Isu plat MCA: Reaksi Menteri Pengangkutan
KUALA LUMPUR 25 Sept. - Bekas Setiausaha Sulit Kanan (SUSK), Datuk Seri Ong Tee Keat digesa untuk memberi penjelasan mengenai isu nombor plat kenderaan bermula MCA 1 sehingga MCA 9999 yang dibekukan untuk diberikan kepada ahli MCA.
Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Kong Cho Ha berkata, dakwaan Tee Keat mengenai catatan ringkas yang dibuat pada 16 Mac lalu dan diminitkan kepada bekas SUSKnya itu hanya boleh disahkan oleh bekas SUSK itu sendiri.
"Hanya beliau (bekas SUSK) sahaja yang mengetahui tentang kesahihan salinan surat tersebut," katanya kepada Mingguan Malaysia dalam satu khidmat pesanan ringkas (SMS) di sini hari ini.
Tee Keat semalam tampil menjawab mengenai isu nombor plat itu dengan mengemukakan surat yang sama seperti yang ditunjukkan oleh Cho Ha pada Isnin lalu mengenai bukti siapa yang mengarahkan nombor plat 'MCA' itu dibekukan.
Bekas Menteri Pengangkutan itu menunjukkan surat bertarikh 17 Februari 2010 yang ditandatangani bekas SUSK beliau tetapi tertera catatan ringkas pada sebelah kanan atas surat itu yang menyebut 'tidak wajar, tidak digalakkan bagi negeri-negeri lain'.
Rabu lalu, Ketua Pengarah Pengangkutan Jalan, Datuk Solah Mat Hassan mengesahkan pernah menerima surat yang meminta agar nombor pendaftaran kenderaan itu tidak dibuka kepada awam.
Kelmarin, ketika diajukan soalan mengenai perkara yang sama, Solah menegaskan bahawa arahan itu masih lagi berkuat kuasa.
Sekat sebelum parah
Segera bertindak terhadap Red Bean Army
Adam Adli tidak mewakili mahasiswa
CUEPACS larang penjawat awam sertai demonstrasi
PKR hanya 'parti kuat riuh' - Shah Headan
Warga Felda Bukit Tangga kecam Kit Siang, Anwar
Sumbang idea, kepakaran kepada negara bukan jatuhkan imej
Karpal bidas pihak kritik mansuh Dewan Negara
Palanivel nafi lulus resolusi larang rebut jawatan Presiden
Tian Chua, Haris, Tamrin ditahan
PKR 'bangga' rakyat langgar undang-undang Singapura
Mubarak: Lepaskan kerakyatan jika tidak setuju keputusan PRU-13
Rektor Kuin hantar surat letak jawatan
Forum bertukar sesi tohmahan terhadap BN
BN, Pakatan fail petisyen PRU-13
Cadangan Karpal dianggap hina Dewan Negara
Perkasa kutuk demonstrasi di kota London
Guling kerajaan bertentangan dengan maqasid syariah
Pas diminta keluar kenyataan rasmi tolak politik ganas
Waktu Solat Kuala Lumpur |
||||
|
||||









