ARKIB : 24/09/2010
3 rakan terlepas tali gantung
![]() |
|
ANGGOTA polis mengiringi tiga rakan yang dihukum penjara tiga tahun enam bulan dan lima sebatan kerana memiliki dadah di Mahkamah Tinggi, Kota Bharu, semalam. |
KOTA BHARU 23 Sept. - Kematian saksi utama ternyata telah menyelamatkan tiga sahabat yang didakwa mengedar dadah jenis methamphitamine seberat 21.01 gram tahun lalu daripada dikenakan hukuman gantung sampai mati oleh Mahkamah Tinggi di sini.
Saksi utama itu yang juga seorang ejen perisikan polis, meninggal dunia pada 26 Jun lalu.
Ahmad Rizal Soh, 22; Mohd. Saifuddin Mohd. Nor, 29; dan Mohd. Fareez Zulkifli, 23, bagaimanapun masing- masing dijatuhi hukuman penjara tiga tahun enam bulan dan sebatan lima kali selepas mengaku bersalah atas tuduhan pilihan memiliki dadah berkenaan.
Bagi pertuduhan pilihan itu, mereka didakwa di bawah Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 39A(1) akta yang sama.
Ketiga-tiga sahabat itu sebelum ini dituduh mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 yang memperuntukkan hukuman mati mandatori jika sabit kesalahan.
Hakim Azman Abdullah memerintahkan hukuman penjara tersebut berkuat kuasa mulai tarikh ketiga-tiga tertuduh yang juga penganggur ditangkap.
Beliau berkata, mahkamah mengambil kira semua faktor ketika hendak menjatuhkan hukuman tersebut kerana kesalahan mereka membabitkan kepentingan masyarakat dan merosakkan generasi yang ada hari ini.
''Tetapi nasib menyebelahi kamu, kamu bernasib baik kerana ejen penyamar (polis) meninggal dunia.
''Atas usaha peguam bela dan doa ibu bapa kamu sekeluarga, kamu semua terlepas daripada tali gantung, kamu harus bersyukur walaupun sebelum ini kamu tidak mendengar nasihat daripada ibu bapa dan semua orang,'' katanya.
Mengikut pertuduhan pilihan ketiga-tiga sahabat itu didapati memiliki 21.01 gram methamphetamine (pil kuda) kira-kira pukul 3.45 petang, 15 September 2009 di tepi jalan besar Peringat ke Pasir Puteh berhampiran sebuah stor kayu dekat sini.
Terdahulu, peguam bela Datuk Shukri Mohamed yang mewakili ketiga-tiga tertuduh memohon anak guamnya dikenakan hukuman ringan dengan alasan mereka masih muda ketika melakukan kesalahan tersebut selain tidak mempunyai rekod jenayah kesalahan lampau.
Timbalan Pendakwa Raya, Mohd. Rehan Mohd. Aris yang mengendalikan pendakwaan pula mahu mahkamah menjatuhkan hukuman berat ke atas ketiga-tiga tertuduh kerana kes tersebut adalah serius.Beliau berkata, faktor umur tidak boleh dijadikan alasan kerana dadah jenis pil kuda amat popular di negeri ini.
Tiga pengedar dadah ke tali gantung
Buruh dituduh cederakan penyokong parti politik
Ketua juruwang didakwa pecah amanah lebih RM0.5 juta
ADUN Sri Muda gagal ketepikan tuduhan menghasut
Pembekuan aset Genneva diketahui Selasa
ADUN Sri Muda gagal ketepikan tuduhan menghasut
Perhimpunan haram: Nik Nazmi dihadapkan ke mahkamah
Kes Mohd. Rafizi, bekas kerani disebut 10 Jun
Tiga pengarah, bekas pengarah Genneva bebas
Dera amah sampai mati, suami isteri dijel 24 tahun
Genneva: Bank Negara fail rayuan esok
Rasuah: Dua penguat kuasa KPDNKK didenda
Permohonan Ibrahim Ali didengar 19 Jun
3 pengarah dan bekas pengarah Geneva dibebaskan
Suami isteri dipenjara 24 tahun dera amah hingga mati
Kehilangan Sosilawati, rakan bukan kebetulan
Wanita dituduh culik, peras ugut
Kes tuntutan harta sepencarian hampir RM3 juta tangguh 24 Jun
10 pengganas Kiram didakwa
Waktu Solat Kuala Lumpur |
||||
|
||||










